Tuesday, August 11, 2009

Hebahan : Sistem Jalan Sehala untuk Penyelam2 Bundle di Sekitar Kota Bharu Bandaraya Islam, Kelantan

PEMBERITAHUAN

Adalah diMaklumkan mulai 11 Ogos 2009 Pihak Majlis akan melaksanakan Sistem Jalan Sehala di Pusat Bandar Kota Bharu.
Antara jalan-jalan utama yang terlibat seperti berikut :-
1.Jalan Hospital dari simpang Jalan Mahmood menuju ke Medan Tuan Padang dan Jalan Gajah Mati.
2.Jalan Doktor
3.Jalan Temenggong
4.Jalan Tok Hakim bermula dari Hotel Riverview hingga Jalan Padang Garong.
5.Jalan Pintu Pong menuju ke Pasar Siti Khadijah.
6.Jalan di Sekeliling Pasar Siti Khadijah termasuk Jalan Parit Dalam.


Hari ini dalam sejarah negeri kelantan... Bandar Kota Bharu telah membuat perubahan sistem laluannya di hampir keseluruhan kawasan padat ditengah bandar. Sistem laluan dua hala sebelum ini banyak yang telah ditukarkan kepada laluan sehala.

Jalan dua hala hadapan Kompleks Mahkamah dan Bangunan Mara telah dijadikan sehala dengan pembahagi jalan dan lampu isyarat telah dibuang. Ini membolehkan laluan dari stadium sultan mohammad ke-4 hanya sehala menghala ke bulatan air pancut (jam besar sebelum ini) menjadi lebih laju dan cepat berbanding selalu jem sebelum ini.

Laluan dari bulatan air pancut (jam besar) ke bazar buluh kubu juga sehala dengan pembahagi jalan juga sudah di buang membolehlah laluan lebih lancar dan mudah.

Laluan dari Bagunan The Store baru dahulunya (kini dah ditutup) juga sehala menuju ke bangunan TNB dan Parkson Mall (akan dibuka) terus ke bangunan KWSP dan terus ke persimpangan jalan kebun sultan. Laluan dari jalan pengkalan chepa tidak lagi boleh memasuki jalan ke bangunan KWSP kerana ia telah menjadi sehala.

Jalan dihadapan Bazar buluh kubu juga menjadi sehala dari Pasar buluh kubu menuju ke persimpangan bazar.

Jalan susur dari pasaraya Pantai Timur melalui pasar siti khadijah dihadapan McDonaldhanya boleh keluar melalui hadapan banguna TNB.

Ada beberapa lagi perubahan laluan yang rasanya mampu menyelesaikan masalah kesesakan jalanrya sebelum ini.

Terima Kasih kepada Kerajaan PAS kelantan.

sila klik link untuk melihat peta http://115.133.144.162/mpkb/jalansehala.html

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin