Saturday, April 2, 2011

Facebook: Kerana perkataan 'Intifada', laman ini di delete?




Sebuah laman bernama Third Palestinian Intifada telah di remove akaunnya semalam oleh pemilik laman sosial terkemuka Facebook Mark Zuckerberg kerana di syaki menghasut warga Palestin supaya mengangkat senjata menentang Israel.

Page yang mengandungi jumlah peminat seramai 350,000 ahli itu di dakwa telah menyeru warga Palestin supaya melakukan Intifada ke-3 supaya beramai-ramai turun ke jalanan selepas solat Jumaat pada 15May depan dengan melakukan pemberontakan.

Kes ini dilihat berhubungkait dengan peranan Facebook yang telah banyak terlibat dengan pelbagai konflik politik, di samping menyeimbangkan hak dan kebebebasan dalam menyuarakan suara, eskpresi serta menghalang ucapan-ucapan berbentuk hasutan.

Menurut Facebook, "laman(Third Palestinian Intifada) ini bermula dengan seruan untuk mengadakan protest secara aman walaupun terdapat perkataan Intifadah yang di gunakan dalam laman terbabit. Walaubagaimanapun, perkataan Intifadah ini memberi konotasi yang negatif kerana berkait rapat dengan keganasan masa lalu".

Malah Andrew Noyes, pengurus bahagian komunikasi dan polisi awam facebook berkata, "selepas laman terbabit di sebar umum, banyak komen hanya menjurus kepada keganasan dan keburukan. Di mana pada akhirnya, pemilik Third Palestinian Intifadah itu sendiri telah menyeru secara terbuka untuk melakukan keganasan".


Menyedari fenomena 'Facebook Revolution' telah berjaya menjatuhkan beberapa kerajaan di Asia Barat seperti Tunisia dan Mesir, maka langkah berhati-hati perlu di ambil.


Dalam sebuah surat kepada Mark Zuckerberg minggu lalu, Menteri Kabinet Israel Yuli Edelstein turut mendakwa laman Third Palestinian Intifadah mengandungi hasutan supaya membunuh orang-orang yahudi, dan membebaskan Baitulmaqdis melalui kekerasan.

Malah beliau turut bertepuk tangan kerana Facebook telah membuang laman tersebut sambil berkata "tindakan ini adalah contoh pengajaran kepada mereka-mereka yang seumpamnya di masa akan datang".

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin