Thursday, January 29, 2009

TV3 yang sengal.....

TV3 oh TV3....korang sibuk-sibuk mengumpul dana NSTP untuk GAZA la kononya.bagusnye prihatin la korang..Tapi ade iklan yang support produk yang membantu yahudi pulak. apahal korang ni,proksi ke ape. pada malam sabtu yang lepas. aku tengah sonok2 tgk cite jacky chan. tibe2 ade iklan McD lak..bile main klip pembunuhan di Gaza macam sedih gila la konon. lagu-lagu dan sajak yang menyayat hati. mintak kumpul derma untuk mangsa kat Gaza..tgk2 korang wahai tv3 yang sengal pergi kempen untuk McD lak. korang yang seolah-olah melancarkan perang pulak. lagilah hancur hati aku. tolonglah ikhlas..boikot!!!

Sabda Rasulullah SAW: "Sesiapa yang tidak mengambil berat di atas urusan orang muslimin maka bukanlah dia dari kalangan mereka. Dan sesiapa yang pada pagi hari mengutamakan perkara selain daripada agama Allah maka bukanlah dia daripada golongan orang yang diredhai Allah"

 

Starsucks tutup 300 premis!! Boikot

Starbucks berhentikan 6,700 pekerja, 300 premis ditutup 

NEW YORK: Starbucks, rangkaian kedai kopi popular akan memberhentikan 6,700 pekerjanya serta menutup 300 rangkaian kedainya di seluruh dunia sebagai persediaan menghadapi kemelesetan ekonomi dunia. 

Sebelum ini, Starbucks mengumumkan mengenai langkah pengstrukturan besar-besarannya pada Julai depan selepas prestasi kewangan suku pertama perniagaannya tahun lalu jatuh sehingga 6 peratus. 

Syarikat berkenaan mencatatkan keuntungan bersih bagi suku terakhir pada 28 Disember lalu kepada 69 peratus atau AS$64.3 juta daripada AS$ 208.1 juta pada tempoh sama 2007.

“Dalam keadaan kelemahan ekonomi global dan situasi pelanggan sekarang, Starbucks perlu mematuhi pelan perniagaan yang lebih baik iaitu menguatkan perniagaan dengan operasi lebih efisyen dan memantapkan nilai asas perniagaan serta jenama kami," kata 

Howard Schultz, Pengerusi yang juga Ketua Eksekutif Starbucks. 

Sehingga hujung tahun ini, syarikat berkenaan bercadang menutup kira-kira 300 premisnya di seluruh dunia, termasuk 200 di Amerika. 

Terbaru pada Julai lalu, Starbucks menutup 600 rangkaian kedainya di Amerika dengan lebih 11,000 hilang pekerjaan. - AFP


ni berita kat amerika sendiri...ayuh semua umat islam di malaysia.kita lumpuhkan McDonalds dan Coca-cola dulu. 

Kenapa Aku Benci XFM@Xfresh!!

Dengan tema "kami tak hot kami cool" atau lebih baik "kami tak hot kami bangang" stesen radio yang sungguh menjengkelkan halwa telinga aku. sama taraf la dengan umno,tv3 dan man united tahap kebengangan aku. lagu2 yang diputarkan semua sempoi beb. zaman muda-mudi sekarang la katakan,indie...kire macam underground scene dolu2 la. kalau masa dulu aku nak dengar lagu2 underground kat radio ni kena dengar kat THR malam setiap hari sabtu.aku tak ingat nama segmen die, alternatif rock show rasenye.ade spiral kinetic circus,carburetor dung,pilgrims, butter, koffin kanser,band metal2 banyak lagi la masa tu. memang kalau dengar segmen ni memang cool betul masa tu. sebab susah lagu2 camni nak masuk radio.Tapi aku cukup bengang bila dengar iklan2 kat radio XFM ni yang memperbodohkan diri sendiri.

1. Diorang bersungguh-sungguh mewar2kan bahawa diorang ni pangkah lagu2 luar, especially lagu2 indon."kami hanya main lagu malaysia macam ni beb".arrgghhhh gelinya.. alih-alih bila aku dengar keluar lagu ELLA-JTM...lagu cover yang dinyanyikan ELLA dari kumpulan Indon yang konon2 pemes la Radja. Apehal wei, sebab lagu tu artis malaysia yang nyanyi ke? What the fish? lagi la malu kalau camtu. duk putarkan lagu2 orang tapi artis kita yang nyanyi. tu la bodoh namanye..lagi satu lagu south jordan-fatal flaw?aku tak pasti dorang ni band malaysia ke ada kaitan dengan malaysia ke?(kalau aku salah betulkan).aku cek kat myspace tgk sume mat saleh. mana pergi pangkah kamu?kalau takleh nak buat,jangan main cakap je...tu taktau la kalau ade lagu2 yang lain aku tak perasan.

2. Konsep yang macam nak meniru dan nampak sangat nak bersaing dengan radio melayu media prima...Panggilan kena burn=Panggilan Hangit, Ayam Krew=AM Krew. Contoh nak bersaing kat tema dia "Kami tak hot kami cool"...huhuhuh.Korang kata korang cool, tapi nampak cam nak kutuk orang lain je. kalau cool bukan mcm tu beb. die tak amik pot nye dengan org lain. cuba la cari idea yang baru..indie kena lah cool. takyah la nak pangkah2 lagu lain.buat biasa2 je...tu poyo namenye. bukannye cool.

3. DJ nye yang konon2 indie abis la.huahuahua... Burn kalau aku ingat asal keluar dari mane? memang gila geli. artis yang naik kat AF? alalalala.gelinya aku,lagi lah banyak korang nyanyi lagu indon kat situ. tu namanye meludah ke langit kena muka sendiri. pastuh masuk stesen radio yang memperjuangkan lagu2 dari malaysia dengan memangkah lagu2 dari luar. tepuk dada tanya selera..

Aku nak dengar lagu2 yang diputarkan stesen ni tapi disebabkan konsep,gaya-gaya dan iklannye terus menjengkelkan aku lantas membuatkan aku menukar stesen radio lain.

Pengajarannya kalau takleh buat jangan main cakap je..

GARUDA MENYERANG TEMBAK DENGAN SENAPANG!!!!!





Wednesday, January 28, 2009

Friday, January 9, 2009

Boycott Israel/America Product!! Anything Related



   Menjelang tahun baru 2009, kita dikejutkan dengan pencabulan tentera Israel/Yahudi di Semenanjung Gaza . Sudah 2 minggu kita melihat kekejaman Israel Yahudi laknat telah menyerang penduduk Islam Palestin di Gaza. Tiada apa yang boleh dilakukan oleh pihak-pihak yang berkenaan setakat ini. Liga Arab,OIC dan PBB masih bersidang dan bersidang tanpa kesudahan. Seolah-olah tidak ada kuasa untuk menghentikan serangan dari tentera Israel. Ribuan orang awam, kanak-kanak, wanita yang tidak berdosa telah terkorban dalam kejadian yang menyayat hati ini.
  Sebagai orang Islam kita wajib bagi kita memberi sumbangan apa yang kita termampu. Selain derma dan doa, usaha kita untuk memboikot barangan dan produk yang membantu Israel adalah penting bagi melumpuhkan ekonomi mereka. Disini aku menyeru semua umat islam bantulah boikot ini..mungkin usaha kita yang nampak kecil ini dapat memberi impak yang besar kepada laknat Yahudi. Kita cuba anggap macam ni la, kalau kita beli barang-barang diorang ni kita seolah-olah memberi dana untuk tentera Israel membeli senjata untuk menembak orang Islam di Palestin. Pada hakikatnya memang macam tu pun. 

Disini aku nak senaraikan beberapa major produk yang perlu diboikot walaupun aku dah terpakai dan terbeli produk-produk ini..huhuhuhu.sedih wei, kalau boleh cuba elak la.




  • L'Oreal 
    Giorgio Armani, Redken 5th Avenue, Lancome Paris, Vichy, Cacharel, La Roche-Posay, Garnier, Biotherm, Helena Rubinstein, Maybelline, Ralph Lauren, Carson

  • Marks & Spencer 
    M&S, St.Michaels

  • McDonald's

  • Motorola

  • Nestle 
    Nescafé, Perrier, Vittel, Pure Life, Carnation, Libby's, Milkmaid, Nesquik, Maggi, Buitoni, Cross & Blackwell, KitKat, Milkybar, Quality Street, Smarties, After Eight, Aero, Polo, Lion, Felix cat food, L'Oréal

  • News Corporation 
    TV: Fox, Sky, Star, Phoenix, Granada, CNBC. UK newspapers: Standard Newspaper, News of the World, The Sun, The Times. Australian Newspapers: The Telegraph , Gold Coast Bulletin, Herald Sun, Independent, Sunday Mail. US newspapers: New York Post. Publishers: Harper Collins Ragan, Zondervan, National Geographical. Nursery World, Rawkus, NDS, Mushroom Records, ChinaByte.com, Festival Records

  • Nokia

  • Revlon 
    New World Entertainment, Forbes

  • Sara Lee 
    Hanes, Playtex, Champion, Leggs, Douwe Egberts, Bryan, DIM, Ambi Pur, Bali, Superior Coffee, Just My Size, Kiwi, Maison Cafe, Nur die, Pilao, Lovable, Outer Banks, Wonderbra, Sanex, Pickwick, Gossard, Body Mist, Brylcreem, Aqua Velva, Radox

  • Siemens

  • Selfridges 

  • Starbucks 
    Seattle Coffee, Pasqua, Hear Music, Tazo

  • Timberland



Friday, January 2, 2009

Ahlan Wasahlan 2009

Salam, kepada semua pengunjung. Kita telah meninggalkan tahun 2008. Pastinya banyak kejadian dan peristiwa yang kita tidak dapat lupakan pada tahun 2008. Bagi aku yang paling terkesan dalam hidup, telah menamatkan zaman bujang pada 20.08.2008. Aku telah melangkah ke alam yang baru. Telah berlaku banyak perubahan dalam hidup ini. 

Pada tahun 2008 juga berlaku perubahan yang paling besar dalam sejarah politik negara. Satu tsunami politik telah berlaku dan memberi kesan yang besar politik negara. 5 negeri telah jatuh ke tangan Pakatan Rakyat. Ini merupakan satu kemajuan dan satu dimensi baru dalam politik negara kita. Masih teringat lagi pada malam keputusan pilihanraya umum 8 Mac 2008. Suasana di PWTC terus senyap sunyi yang lazimnya pemimpin tertinggi kerajaan Barisan Nasional akan meraikan kemenangan dengan memotong kek. Tetapi pada tahun lepas tak pernah berlaku dalam sejarah negara Pak Lah dan Najib mengumumkan kerajaan barunya yang hilang majoriti 2/3 pada pukul 3pagi dalam keaadan muka seperti orang bangun tidur. Mengumumkan dalam keadaan tergagap-gagap. Ini amat melucukan dan barulah mereka sedar pengundi dan rakyat sekarang tidak akan termakan dengan kempen-kempen mereka. Syabas kepada semua pengundi-pengundi yang melakukan perubahan ini. 

Pada tahun 2009 ini akan berlaku penyerahan kuasa PM kepada timbalanya Najib. Ini membuatkan aku semakin risau negara ini akan dirosakkan oleh orang-orang seperti ini. Secara peribadi, aku merasakan Pak Lah lebih selamat dari negara ini jatuh ke tangan Najib..banyak perkara-perkara dan skandal yang rakyat tidak tahu. Hanya mereka saja yang tahu dan mengaturkan semua ini. Ini muslihat yang paling besar yang kita semua mampu melihat saja ianya berlaku.. 

Semoga dengan kedatangan tahun 2009 kita akan lebih makmur dan baik. Semoga ALLAH memberkati hidup kita.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin