Thursday, June 25, 2009

Fenomena : Transformers - Revenge Of The Fallen

1.1 1.2

Sejak dari hari ahad aku berusaha untuk mendapatkan tiket filem Transformers 2 ni. Akhirnya berjaya juga semalam, walaupun bukan antara yang terawal menonton filem yang ditunggu-tunggu ini, tapi seat memang yang terbaik rujuk gambarajah 1.3(kalau dapat tgk awal duk depan2 tak best jugak.hehehe). Selepas menonton tranformers 1 yang betul2 mengujakan peminat-peminat transformers dari zaman kanak-kanak lagi. Memang tidak dapat kita bayangkan bagaimana cerita animasi ditransform menjadi realiti. Memang sangat mengagumkan.

Sangkaan aku untuk mendapatkan tiket ini dengan mudah nyata meleset. Bermula hari isnin website GSC sudah mula susah untuk diakses. Begitu ramai yang melayari website GSC. Cuba beberapa kali membuat tempahan online tetapi tidak berjaya. Memang tak dijangka begitu ramai yang mahu menonton filem ini. Hatta, di Alamanda Putrajaya yang biasanya lengang walaupun pada hujung minggu penuh kerana filem ini. Untuk tayangan malam sahaja sudah penuh sampai isnin depan. kalau ade pon yang seat depan2 je. arrghhh begitu hebat sambutannya. terbayang di fikiran sejenak kalaulah filem sifu dan tongga sambutannya begini pasti tersenyum prof madya razak mohaideen, dan gelinya hati aku apabila mendapat tahu filem macam ni pon orang nak tengok. huhuhu.

Ok cukup setakat ini, tak sabar untuk mendengar ucapan "enjoy your movie" dari inspector tiket GSC dan awek jual popcorn. nantikan review filem pulak pasnih. best ke tak best, ha yang itu kita taktau.

1.3

1 comment:

  1. hang excited nampak ...siap tunjuk bukti kukuh lg ..nie klu bw keterangan kat mahkamah ..mmg bukti byk nie ..siap capture tmpat dudk lg..

    ReplyDelete

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin