Wednesday, June 17, 2009

FACEBOOK MILIK SIAPA???


Aku betul betul tak tau pasal benda nih. Korang tau tak pasal benda nih?! Ades..
Sebab aku tak tau, so aku assume ramai lagi taktau pasal benda nih. So, aku tulis jer benda nih utk korang hayati dan renungi. Pada yang dah tau tu bagus la. Senang aku takyah cakap banyak lagi. Aku baru tau pasal benda nih petang tadi. Nabi cakap, sampaikan dariku walaupun sepotong ayat. Aku pun sampaikanlah kat korang. Facebook adalah produk Yahudi!!

Tahukah anda bahawa Facebook telah berjaya mengaut keuntungan sebanyak USD300 juta pada tahun 2008? Ini tidak menghairankan kerana ia disokong oleh 140 juta pengguna aktif di seluruh dunia dan sejumlah 8.5 juta foto dimuat turun setiap hari.

Tahukah anda bahawa pengasas Facebook, iaitu Mark Zuckerberg dilahirkan dalam sebuah keluarga Yahudi-Amerika dan dibesarkan di Dobbs Ferry, Westchester County, New York?
Tahukah anda bahawa Mark Zuckerberg semasa menuntut di Universiti Harvard telah menggodam laman sesawang universiti untuk mendapatkan profail peribadi para pelajar tanpa kebenaran mereka? Maka, adakah jaminan terhadap profail peribadi para pelanggan Facebook tatkala kini beliau adalah merupakan CEO-nya?

Tahukah anda bahawa Majalah Time telah mengiktiraf Zuckerberg dalam ranking ke 52 daripada 101 tokoh sebagai antara 'tokoh paling berpengaruh dunia 2008, iaitu sebaris dengan nama besar Barrack Obama dan Dalai Lama?

Tahukah anda bahawa majalah Forbes Top400 telah menyenaraikan Mark Zuckerberg sebagai individu ke-321 terkaya Amerika daripada 400 individu lain pada 2008? Namun apa yang lebih penting, Zuckerberg merupakan individu termuda pernah disenaraikan Forbes, ketika usianya baru mencecah 24 tahun dengan kekayaan peribadi sebanyak USD1..5 billion.
Tahukah anda bahawa Mark Zuckerberg, CEO Facebook adalah merupakan seorang ahli aktif kepada sebuah pertubuhan persaudaraan Yahudi Amerika Utara, Alpha Epsilon Pi Fraternity (AEPi)?

Sedikit Info tentang AEPi:
1) Diasaskan untuk membantu lelaki Yahudi mencari pasangan Yahudinya.
2) Ia juga bertujuan untuk mengekal dan menguatkan hubungan sesama Yahudi diperingkat sekolah tinggi dan di bidang pekerjaan nanti...
3) Mengekalkan idealisme Yahudi supaya terjaga di sudut nilai, etika, dan menyiapkan peserta untuk menjadi pemimpin negara dan organisasi Yahudi pada masa depan dan dalam pelbagai lapangan bidang profesional.
4) Mark Zuckerberg termasuk dalam senarai alumni AEPi yang masyhur namanya.
5) AEPi berkait secara langsung dengan Israel melalui Ikatan Inisiatif Israel
6) AEPi sangat berkait rapat dengan kebanyakan pertubuhan Yahudi/Zionis antarabangsa seperti AIPAC, Hillel, Israel on Campus Coalition, Aish HaTorah, Chabad on Campus, Hasbara Fellowships, B'inai Brith International, Shaare Zedek, Chai Lifeline, Holocaust Museum, dan Gift of Life.

Dan tahukah anda bahawa keuntungan Facebook datang daripada iklan-iklan yang dipapar. Semakin banyak pengguna dan pengunjung Facebook, maka semakin banyak pulalah keuntungannya. Pergi ke manakah pula semua keuntungan tersebut?
Persoalan paling besar di sini ialah, adakah keuntungan besar yang diperolehi oleh Facebook turut digunakan untuk membiayai dana perang Israelmenentang umat Islam di Gaza, Palestin dan umat Islam di seluruh dunia?
Korang Masih Nak Guna Facebook Semata Mata Untuk Usha Awek2 Cun?!! Fikirkanlah. .
Setiap Sen Yang Kita Berikan Pada Mereka Akan Mengalirkan Darah Saudara Kita Setitik.

Nasib baik la aku tak main FACEBOOK2 ni..

5 comments:

  1. Nasib baik aku pun xmain facebook..aper lagi jom ramai2 boikot facebook!!!Boikot jgn xboikot!!

    ReplyDelete
  2. Haha...sama la aku pun xlyn facebook n laman2 rangkaian sosial neh...mengarut je lebey..

    ReplyDelete
  3. aku ada baca artikel ..pengguna facebook sudah mencecah 200juta...orang islam pun galak dok main ..sape untun...Mark Zuckerberg si yahudi 2 gak yg untun ..hayyoo..bertambah lagi ler dana utk kerjakan umat islam ..aku sokong boikot face book !!!

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum.

    Saya kurang bersetuju dengan "Setiap Sen Yang Kita Berikan Pada Mereka Akan Mengalirkan Darah Saudara Kita Setitik."
    Sebab tiada bukti kukuh dan kenyataan yang membuktikan Facebook membiayai Israel untuk human massacre di Palestin.
    Tidak seperti McDonald dan Starbuck yang terang-terangan menyatakan pengaliran dana kepada Israel (rujuk inminds.co.uk).

    "Persoalan paling besar di sini ialah, adakah keuntungan besar yang diperolehi oleh Facebook turut digunakan untuk membiayai dana perang Israelmenentang umat Islam di Gaza, Palestin dan umat Islam di seluruh dunia?"

    Ini adalah persoalan. Dan persoalan adalah suatu benda yang tidak diketahui benar atau tidak. Jadi, elakkan kaitan antara Zionis(not all Jews are Zionist) dengan FB.

    Gunakan dengan berhikmah. Kita boleh gunakan FB tu sebagai senjata untuk menegakkan Islam.
    Sekadar pandangan. :)

    ReplyDelete
  5. Agreed....with Rider. FB banyak membantu menjalin ukhwah baru dan mengekalkan ukhwah lama walau beribu batu jarak manusia. Plus sape yang berfesbuk sebab nk usyar awek2 cun? obviously i'm a girl. but i'm sure guys won't have that low life quality right?

    have you ever think, let say kalo boikot facebook, first yang jatuh menonggeng adalah usahawan2 negara kita sendiri, rakyat Malaysia. bukan yahudi di sana. kalo semua tak makan McD, yang nk menganggurnye org Malaysia jgk, maybe kakak abang adik sedara or kawan2 kita jgk. ini contoh saja. x kisah la boikot apa pon, yang jatuh mula2 skali sedara2 kita jgk!

    just my two cents. daripada nk boikot2 benda yg memang kita perlu, baik kite pikir mcm mana nk lebih berdaya saing. Malaysia baru no 10 maa...

    ReplyDelete

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin