Friday, February 6, 2009

Mari Berfikir Di Luar Kotak

Wahai pembaca sekalian, disini aku nak mengajak semua berfikir kembali kemelut politik yang berlaku di Perak sekarang. Semua pemimpin dan penyokong Pakatan Rakyat resah dengan perkembangan terbaru di Perak ini. Baru sebentar tadi Datuk Dr Zamry Abd Kadir telah mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar ke-11 Perak. Bagi pihak Pakatan Rakyat mereka tidak mengikitiraf kerajaan baru yang dirampas secara lompat-melompat ini. Strategi ini yang dilaung2kan oleh DS Anwar Ibrahim telah digunakan Najib dan juak-juaknya. Sultan memperkenankan kerajaan baru ini setelah mengakui BN memperolehi majoriti mudah melalui lompatan. Aku berharap di saat ini semua penyokong Pakatan Rakyat khususnya di Perak hendaklah bersabar dan tenang.

Yang membuatkan aku terfikir, benarkah kerajaan baru di Perak ini hasil rencana strategi Najib. Cuba kita renung kembali, mungkin ini salah satu strategi DS Anwar Ibrahim untuk membentuk kerajaan Malaysia setelah menjadikan Perak sebagai eksperimen rampasan kuasa secara lompatan yang diwar2kan beliau sebelum ini. Masih ingatkah kita pada tarikh 16 September. Ramai ahli, pengamal, penganalisis politik meramalkan rampasan kuasa ini takkan berlaku. Sehinggakan Pesuruhjaya Pas Terengganu Mustafa Ali sendiri menyanggah rampasan kuasa kerajaan pusat tidak akan berlaku. Beliau begitu yakin menyatakan ianya tidak akan berlaku kerana  perlu melalui prosedur-prosedur yang betul, antaranya dewan perlu bersidang terlebih dahulu untuk melakukan undi tidak percaya dan sebagainya. Cuba kita lihat apa yang berlaku di Perak, rampasan kuasa yang berlaku seperti amat mudah. Nyatalah dangkal pandangan2 yang dibuat pihak2 terbabit. Tidak perlu dewan bersidang. Tidak perlu undi tidak percaya. 

Bagaimana kalau aku katakan dua adun PKR yang menghadapi tuduhan rasuah itu bahan ujikaji DS Anwar Ibrahim.  Jaga2lah Najib jikalau kamu pula dipermainkan mereka yang gilakan duit ini. Apabila kes rasuah mereka digugurkan nanti mereka bebas melompat kembali, kalau disabit apa akan jadi Kerajaan Baru di Perak. Adakah Zamry nak bubar dun kah? Atau nak angkat sumpah MB ke-12? Tetapi aku yakin dengan Kerajaan Barisan Nasional kes rasuah mereka akan digugurkan. Apa punya kes pon boleh setel bawah meja dengan Kerajaan Barisan Nasional. Oleh yang demikian, sebab itulah MB Nizar memohon untuk mengadakan pilihnaraya semula untuk Kerajaan Negeri yang lebih stabil. 

Jika kita lihat dari sudut lain, DS Anwar tidak perlu bimbang dan goyah ada suara2 sumbang menyatakan senjata makan tuan malah beliau lebih yakin kerana berlakunya rampasan kuasa di Perak ini berjaya membuktikan strategi yang beliau canangkan itu boleh berlaku. Maka selepas ini jika Kerajaan Pusat dapat diambilalih oleh Pakatan Rakyat secara melompat ini. Pada masa itu, sanggupkan Najib dan konco-konconya menjilat ludah mereka sendiri. Ingatlah wahai pejuang-pejuang agama ALLAH, peperangan ini baru bermula..kembalikan kuasa rakyat. Sesungguhnya ALLAH lebih Maha Mengetahui. Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Ingatlah didalam nikmat ada balanya..dalam bala ini ada nikmatnya.

Akhir sekali aku mengucapkan rasa kagum aku terhadap YAB MB Nizar kerana berani mempertahankan Kerajaan Pakatan Rakyat di Perak sehingga ke titisan darah terakhir. Aku sentiasa mendoakan yang terbaik untuk beliau dan seluruh pejuang Islam.

Pemuda Pas Dun Kadok,Kelantan



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin