Wednesday, February 25, 2009
Baju Branded Bundle Untuk Dijual!!
Friday, February 20, 2009
Sejarah Penderhakaan UMNO terhadap Raja-Raja Melayu
Oleh mNasir
Assalamualaikum kepada semua pembaca terutamanya dari kalangan penyokong Umno. Berikut saya sertakan beberapa fakta sejarah mengenai penderhakaan Umno kepada raja-raja melayu.Dalam fakta ini saya tidak boleh mengingati tarikhnya dengan tepat. Akan tetapi insyaAllah kepada semua pembaca yang mengikuti dengan rapat perkembangan politik tanahair sejak dari tahun 80an lagi akan ingat peristiwa-peristiwa ini semua.Juga sekiranya ada kesilapan dalam fakta-fakta ini harap ada pihak tampil untuk membetulkannya.Dan kalau saudara-saudara sekelian ada penambahan,digalakan juga untuk menambah.Kita sebarkan agar generasi muda sekarang tahu akan siapa sebenarnya Umno ini.Saya susun mengikut negeri-negeri.
Kelantan:
Tan Sri Mohammad Mohammad Yaacob yang juga Menteri Besar Kelantan pada era pemerintahan BN di Kelantan (1978-1990) sentiasa lari ke Kuala Lumpur apabila ada majlis rasmi di istana di Kelantan.Ini adalah kerana beliau sentiasa tidak sebulu dengan Tuanku Sultan Kelantan.
Dato’Annuar Musa pernah pada sekitar tahun 90an dahulu ketika krisis imuniti raja-raja melayu meledak,telah menabalkan Tengku Ibrahim (kalau tidak silap saya sepupu kepada Tuanku Sultan Kelantan) sebagai Sultan Kelantan yang baru.Majlis pertabalan itu telah disempurnakan di bawah sebatang pokok gajus di sebuah padang sekolah di Kelantan.Ini kerana beliau ingin menunjukkan kuasa beliau kepada rakyat dan Tuanku.
Namun segalanya gagal malah beliau pula didakwa terlibat dengan kes kehilangan wang PPRT yang sehingga sekarang masih menjadi misteri.
Tun Mahathir pula pernah cuba memalukan Tuanku dengan penyiarkan berita beserta gambar oleh akhbar-akhbar utama negara tentang Tuanku yang dikatakan telah melarikan kereta Lamborghini Diablonya dari simpanan kastam. Peristiwa ini juga berlaku pada ketika kemuncak krisis imuniti raja-raja melayu.
Dalam satu Persidangan Agung Umno,kalau saya tidak silap Dato’Alwi Che Ahmad (Ketua Penerangan Umno Kelantan sekarang) telah melafazkan kata-kata berikut kepada Tuanku “Raja Adil Raja Disembah,Raja Zalim Raja Disanggah”sebagai amaran kepada Tuanku agar tidak mencampuri urusan politik di Kelantan.
Negeri Sembilan :
Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan sebelum perlantikan baginda kejawatan Yang Di-Pertuan Agong juga telah dimalukan oleh Tun Mahathir dengan penyebaran berita bahawa baginda menyimpan minuman keras di istana beliau.Hal itu juga disebarkan oleh seluruh akhbar utama negara ketika krisis imuniti raja-raja melayu sedang berlaku.
Selangor :
Menteri Besar Selangor ketika itu Tan Sri Mohd Taib telah melukakan hati Almarhum Sultan Selangor iaitu Sultan Sallahuddin Abdul Aziz dengan “kisah” beliau dengan puteri Tuanku (Ku Yah).Sehinggakan dalam satu siaran berita apabila ditanya wartawan tentang suatu perkara berkaitan dengan menteri besarnya ketika itu,Tuanku menjawab “Kalau bagi kat Mamat tu habislah dengan-dengan saya kena pindah kat Pulau Ketam”Jawapan itu cukup menyerlahkan kekecewaan baginda kepada Tan Sri Mohd Taib yang juga Pengerusi Perhubungan Umno Selangor pada masa itu.
Pahang :
Walaupun Tuanku diketahui ramai bahawa Tuanku adalah seorang penyokong kuat Umno dan BN akan tetapi sokongan itu tidak bermakna bagi Tun Mahathir ketika krisis imuniti raja-raja melayu kerana baginda juga tidak terlepas dari dimalukan oleh Tun Mahathir.
Baginda digambarkan sebagai seorang sultan yang mempunyai harta kemewahan yang melampau dan membazir kerana baginda mempunyai kapalterbang peribadi pada ketika itu.Disiarkan juga kepada seluruh rakyat kapalterbang baginda itu.
Perak :
Tuanku Sultan Azlan Shah,sultan yang tercerdik dan terpintar yang lahir dikalangan sultan-sultan yang sezaman dengan baginda.Baginda adalah bekas hakim dan diangkat menjadi sultan setelah kemangkatan sultan Perak Raja Idris Syah dan Raja Muda Perak yang tarikh kemangkatan kedua-duanya adalah hampir jaraknya.
Ketika itu baginda menjadi Raja Dihilir Perak.Oleh kerana kecerdikan bagindalah maka Tun Mahathir rasa tercabar dan ingin menghapuskan imuniti raja-raja melayu ketika itu.Pelbagai cara jahat digunakan untuk menundukkan Tuanku dan akhirnya Tuanku mengaku kalah dan tunduk kepada Tun Mahathir.
Johor :
Baginda juga menerima nasib yang sama seperti Tuanku Sultan Pahang iaitu seorang yang kuat menyokong Umno.Akan tetapi amat malang sekali kerana baginda juga termasuk dalam senarai sultan yang dimalukan Mahathir.
Pelbagai skandal dan cerita dikeluarkan oleh Umno yang diketuai oleh Tun Mahathir tentang baginda.Ini termasuklah juga kisah anakanda Tuanku,Tengku Majid yang ketika itu mewakili pasukan hoki Johor di SUKMA 92 telah memukul penjaga gol pasukan Perak selepas perlawanan.
Berita itu disensasikan sebegitu rupa.Memang ianya satu kesalahan,akan tetapi jika tidak kerana krisis imuniti raja-raja ketika itu,adakah kisah itu akan disebarkan?atau sekadar didiamkan seperti kisah Prebet Adam?
Kerana tekanan Umno jugalah maka Pasukan Timbalan Setia Negeri iaitu pasukan askar peribadi Tuanku dibubarkan.
Terengganu :
Almarhum Tuanku Sultan Mahmud al-Muktafi Billah Syah telah diugut oleh Mahathir untuk diturunkan dari tahta dengan menggunakan Tengku Ali.Tengku Ali telah mengemukakan tuntutan di mahkamah agar dikembalikan kuasa sultan kepadanya yang mana didalam dakwaannya pemecatan beliau sebagai sultan pada zaman pemerintahan Jepun adalah tidak sah.Sehingga beberapa sesi perbicaraan berjalan,kes itu kemudiannya digugurkan oleh mahkamah.
Begitulah antara beberapa kisah dan senarai penderhakaan Umno kepada raja-raja Melayu.Bagi yang tidak tahu tentang krisis imuniti raja-raja,ianya bermula kerana ada beberapa akta yang tidak persetujui oleh yang Di-Pertuan Agong yang mana ketika itu Agong mempunyai kuasa untuk menolak akta yang telah diluluskan oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara.
Dek kerana tercabar dengan kebijaksanaan Sultan Azlan Syah (Agong ketika itu) maka Tun Mahathir telah memaksa semua raja-raja melayu menandatangani akta yang menyatakan bahawa setiap akta yang telah dipersetujui di Dewan Negara dan juga enakmen yang dipersetujui di Dewan Undangan Negeri akan digazetkan selepas beberapa tempoh walaupun tidak ditandatangani oleh Agong dan sultan.
Hanya Kelantan dibawah kekuasaan PAS satu-satunya negeri yang mempertahankan kedaulatan raja-raja melayu walaupun Umno yang menguasai negeri-negeri lain ketika itu mengaku bahawa dialah juara dalam mempertahankan bangsa melayu.Demi untuk mencapai maksud itu,maka Tun Mahathir telah menggunakan segala ugutan-ugutan yang saya nyatakan diatas kepada raja-raja melayu.
Pada ketika itu jugalah RTM dan TV3 iaitu dua pemutar belit utama Umno telah menyiarkan dengan banyaknya cerita-cerita perihal raja-raja melayu yang mana kesemuanya berkisar tentang kezaliman raja-raja melayu.Antara yang sempat saya ingat ialah Sultan Mahmud Mangkat Dijulang.Cerita ini pada waktu itu telah disiartayang beberapa kali dalam jarak masa yang dekat.Demikianlah dahsyatnya kelakuan Umno sekiranya mereka tidak mendapat apa yang mereka kehendaki maka akan mengamuklah mereka dengan gilanya.
Maka satu perkara yang amat penting bagi kita semua ketika ini,ialah kita seharusnya sedar bahawa Umno adalah penderhaka kepada raja-raja melayu yang tiada tolok bandingnya.Saya yakin dan percaya seluruh raja-raja melayu masih ingat akan peristiwa itu.Betapa hinanya raja-raja melayu diperlakukan Umno.
Pernah juga disiarkan didalam akhbar ketika itu dimana tempat duduk diraja di Stadium Merdeka bagi perlawanan bolasepak telah digunakan oleh jurugambar untuk merakam perlawanan.Ini untuk menunjukan kepada rakyat bahawa raja sudah tidak dihormati lagi.Itulah yang dilakukan oleh Umno kepada raja-raja satu ketika dahulu. Jahat bukan?
Jadi,adakah anda semua hairan dan terkejut dengan segala apa yang telah berlaku sekarang ini?Perkara yang saya sebutkan diatas pada pandangan saya adalah lebih dahsyat daripada apa yang berlaku sekarang kerana ianya melibatkan perlucutan kuasa raja-raja melayu.Alhamdulillah Umno tiada majoriti 2/3 hari ini di parlimen bagi menggubal akta baru yang mungkin memberi kesan yang lebih teruk kepada institusi raja kita.Apatah lagi dengan berlakunya peristiwa seperti sekarang ini.Kalau tidak,mungkin jawatan Yang Di-Pertuan Agong akan tinggal sejarah sahaja kerana amukan Umno…siapa tahu…?
Dan apabila mereka merasa tersepit,maka raja-raja melayu akan dijadikan tunggangan mereka bagi melepaskan diri.Contohnya seperti gesaan Umno bagi mengharamkan penggunaan nama Islam kepada semua parti-parti politik.Umno dengan selambanya menggunakan Majlis Raja-Raja untuk tujuan politik mereka itu.Bagi saya ini adalah wajah sebenar Umno dulu,kini dan selamanya.Sejarah adalah sejarah.Ianya tetap akan diceritakan secara benar walaupun Umno cuba membohonginya.Yang benar pasti datang dan yang batil akan tumbang.Renung-renungkanlah semua.
Sumber : mNasir KerajaanRakyat.com
Thursday, February 19, 2009
Tuesday, February 17, 2009
80's Old Boys Part I
Friday, February 13, 2009
UMNO Penderhaka Agung
Mohamed Hanipa Maidin Thu | Feb 12, 09 | 4:16:38 pm MYT | |||||||
Kini, hampir setiap hari kita mendengar media massa yang dikongkong oleh Umno menuduh Dato' Seri Nizar Jamaluddin sebagai penderhaka. Laporan polis juga telah dilaporkan dibuat ke atas Nizar.
Inilah politik kotor yang dimainkan oleh 'parti kotor' seperti Umno. Baik dulu, kini dan selamanya Umno sering terjebak dalam politik kotor. Politik orang yang tidak bertamadun dan parti yang tidak bermaruah. Umno penderhaka agung Jika Umno tidak diserang penyakit 'amnesia' (penyakit mudah lupa) sudah tentu parti tersebut patutnya merasa malu untuk bermain isu derhaka ini. Kerana apa? Kerana jika satu jari Umno menuduh Nizar sebagai penderhaka, maka empat jari Umno yang lain sebenarnya sedang menuding kepada Umno sendiri sebagai "penderhaka par excellence" (penderhaka agung). Bagaimanakah pemimpin Umno seperti Muhammad Taib boleh dengan tidak malu tumpang sekaki menuduh Nizar sebagai penderhaka sedangkan semua orang tahu beliau adalah "kepala penderhaka" apabila dengan tanpa segan silu sanggup melarikan anak Raja. Siapakah yang tergila-gila sanggup berarak untuk membawa Tengku Ibrahim dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu bagi menggantikan Sultan Kelantan? Siapa lagi kalau bukan penderhaka Umno. Mungkin parti itu menganggap mengganti sultan semudah menukar pengerusi JKKK. Siapakah yang telah mewujudkan krisis Perlembagaan pada tahun 1983 kalau bukan Umno. Kerakusan Umno mempertahankan kuasa telah mendorong Umno mencadangkan satu pindaan Perlembagaan Persekutuan bagi meminda peruntukkan yang berkaitan dengan kuasa perkenan Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja serta kuasa Yang DiPertuan Agung untuk mengisytiharkan darurat. krisis perlembagaan 1983 Pindaan yang dkemukakan pada pertengahan tahun 1983 diluluskan oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara tetapi Yang di-Pertuan Agong enggan menandatangani rang undang-undang Perlembagaan (Pindaan 1983) tersebut setelah baginda berbincang dengan raja-raja yang lain. Pindaan Perlembagaan 1983 tersebut bukan sahaja mewujudkan krisis perlembagaan tetapi buat kali pertamanya selepas Merdeka raja-raja dan pemimpin kerajaan yang dikuasai oleh Umno mengadakan rapat umum untuk menghentam raja-raja. Rapat umum yang dianjurkan oleh Umno telah meletakkan kedudukan raja dipandang hina masyarakat awam. Tidak cukup menghina raja-raja pada tahun 1983, Umno sekali lagi dengan rakus bertembung dengan raja-raja pada tahun 1990. Pertembungan tersebut berlaku selepas Umno kalah teruk di Kelantan pada Pilihan Raya Umum (PRU) 1990. Mana-mana orang yang tidak buta sejarah seperti pemimpin Umno tentu tidak dapat melupakan bagaimana Perhimpunan Agung Umno pada tahun 1991 menyaksikan kritikan-kritikan yang pedas, tajam, kurang ajar dan tidak beradab terhadap raja-raja Melayu. Pihak istana Kelantan dibidas dengan terbuka dan dituduh bertanggungjawab terhadap kekalahan calon-calon BN di tangan calon-calon Angkatan Perpaduan Ummah (APU). Bukan sahaja Sultan Kelantan dibidas dengan tajam dan pedas, raja-raja lain turut menjadi bahan kritikan dengan pelbagai tuduhan seperti menyalahgunakan kedudukan untuk mendapat kelebihan dan peluang perniagaan, mencampuri hal ehwal pentadbiran dan sebagainya (lihat Far Eastern Economic Review 28/11/1991 m.s. 13). Semasa krisis itu juga, media-media massa tajaan Umno membangkitkan kembali krisis beberapa orang Sultan dan Menteri Besar Umno seperti yang berlaku di Perak pada tahun 1997; (Tan Sri Ghazali Jawi enggan meletak jawatan apabila diperintah oleh Sultan Perak mendorong baginda enggan bercukur jambang sehingga Menteri Besar tersebut meletakkan jawatan); dan di Pahang pada tahun 1979 (membabitkan Datuk Rahim Abu Bakar). juara menderhaka Kalau tidak cukup bukti-bukti di atas yang secara jelas menunjukkan Umno sebagai juara menderhaka kepada raja, saya ingin membawa para pembaca pula kepada pindaan Perlembagaan tahun 1993. Pindaan Perlembagaan tahun 1993 melibatkan isu cubaan Umno untuk menghapuskan imuniti raja-raja. Keputusan Majlis Raja-Raja yang meminta masa untuk mengkaji cadangan pindaan tersebut tidak disenangi oleh Umno. Apa yang berlaku selepas itu seperti mana yang diketahui umum; media-media massa yang dikawal oleh Umno menyiarkan kenyataan tidak bersopan dan beradab beberapa orang Menteri yang mendedahkan apa yang didakwa sebagai salah laku raja-raja dan anggota kerabat Diraja tertentu. mengaibkan raja-raja Sekali lagi Umno mengulangi taktik mengaibkan raja-raja seperti mana yang dilakukan semasa krisis Perlembagaan tahun 1983. Bersandarkan bukti-bukti di atas, kini sipenderhaka Umno yang sama tanpa segan silu menuduh Nizar pula sebagai penderhaka. Ya, memang benar Nizar mengakui telah "menyembah sembah derhaka" semasa beliau diminta oleh Yang Mulia Tuanku Sultan untuk mengundur diri daripada jawatan Menteri Besar Perak. Apabila seseorang tidak bersetuju dengan titah sultan menjadi adat dan bahasa istana seseorang akan menyatakan "hamba memohon untuk menyembah sembah derhaka". "Sembah derhaka" bermaksud tidak bersetuju dalam bahasa rakyat. Di dalam mesyuarat Majlis Raja-Raja Menteri-Menteri Besar saya difahamkan dipanggil "hamba tua" . Ini bahasa istana dan nak buat macam mana? jahil bahasa istana Malangnya Umno yang jahil dengan bahasa istana menganggap Nizar sebagai derhaka apabila memohon "menyembah sembah derhaka� . Naif dan ceteknya pemikiran Umno. Nizar memohon menyembah derhaka kepada Yang Mulia Tuanku Sultan kerana beliau berpandangan Sultan tidak mempunyai kuasa memecatnya. Ini kerana berdasarkan Perkara 16(7) Perlembagaan Negeri Perak, secara jelas memperuntukkan bahawa tidak sepertimana ahli-ahli Exco Kerajaan Negeri yang memegang jawatan dengan kerelaan sultan (at his pleasure) yang membolehkan para exco boleh dilantik dan dipecat oleh Sultan pada bila-bila masa, jawatan Menteri Besar adalah berbeza dengan jawatan exco. Dengan lain perkataan jawatan Menteri Besar tidak dipegang di atas keredaan sultan. Menteri Besar seperti Nizar hanya boleh diminta untuk meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar sekiranya beliau telah tidak lagi mendapat kepercayaan (ceases command of confidence) kebanyakan ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Perak seperti mana yang diperuntukkan di dalam Perkara 16(6) Perlembagaan Negeri Perak. Persoalannya bagaimanakah kaedah untuk menentukan seseorang Menteri Besar itu telah tidak lagi mendapat kepercayaan kebanyakan ahli-ahli Dewan Undangan Negeri menurut perpektif undang-undang? Apa yang berlaku pada kes Nizar ini samalah seperti yang berlaku kepada Ketua Menteri Sarawak pada tahun 1966. Di dalam kes Stephen Kalong Ningkan lwn Tun Abang Haji Openg & Tawi Sli (1966) 2 MLJ 187, Mahkamah Tinggi Borneo telah memutuskan bahawa di bawah Perlembagaan Negeri Sarawak (sama seperti Perlembagaan Negeri Perak) "lack of confidence may be demonstrated only by a vote in the Council Negeri" (kehilangan kepercayaan hanya boleh ditunjukkan melalui undi tidak percaya di dalam sidang Majlis Negeri (sama seperti Dewan Undangan Negeri)). undi tidak percaya Oleh itu Nizar mempunyai sebab yang kukuh untuk enggan meletakkan jawatan. Di dalam kes di Perak kekuatan BN dan Pakatan Rakyat sama iaitu masing-masing 28 kerusi. Ketiga-tiga bekas Adun Pakatan Rakyat hanya menjadi Adun Bebas dan bukannya Adun BN. Maka isu sama ada ketiga-tiga Adun berkenaan dikatakan menyokong BN mestilah dibuktikan melalui undi tidak percaya di dalam sidang Dun. Terdapat keraguan sepertimana yang diakui oleh SPR sama ada ketiga-tiga Adun ini masih boleh dianggap sebagai Adun kerana terdapat bukti yang kukuh mereka telah meletakkan jawatan sebagai Adun seperti mana surat mereka yang telah ditandatangani dan dialamatkan kepada Tuan Speaker. Berdasarkan Perkara 35 Perlembagaan Negeri Perak, surat perletakan jawatan ketiga-tiga Adun tersebut adalah sah. Hatta jika terdapat keraguan sekalipun sama ada ketiga-tiga Adun tersebut masih boleh dikira Adun atau tidak, badan yang boleh menentukan kelayakan ketiga-tiga Adun tersebut hanyalah Dun Perak seperti mana yang diperuntukkan di bawah Perkara 33(1) Perlembagaan Negeri Perak yang secara jelas menyatakan: "Jikalau berbangkit sebarang masalah adakah seseorang ahli Dun itu telah kehilangan syarat menjadi ahli, maka keputusan dewan itu hendaklah diambil dan hendaklah muktamad". Dun tentukan status Adun Jelas Dun Negeri Perak dan bukannya SPR yang berhak menentukan sama ada ketiga-tiga Adun tersebut masih layak sebagai Adun atau tidak dan keputusan Dun tersebut adalah muktamad. Apa yang malang tatkala Y.M. Sultan melantik Menteri Besar yang baru, Dun Perak masih belum lagi memutuskan tentang status kelayakan ketiga-tiga Adun tersebut. Dalam keadaan tersebut terdapat keraguan yang munasabah sama ada Nizar telah dikatakan hilang keyakinan majoriti ahli-ahli Dun Perak. Atas dasar itulah Nizar mempunyai asas yang kukuh di sisi undang-undang untuk memohon kepada Tuanku Y.M. Sultan untuk "memohon menyembah sembah derhaka" untuk enggan meletakkan jawatan sebagai MB Perak. Malangnya "sembah derhaka" tersebut difahami oleh sipenderhaka Umno sebagai derhaka. _ sumber : Harakahdaily.net |
Friday, February 6, 2009
Mari Berfikir Di Luar Kotak
Thursday, February 5, 2009
Ringkasan Kejadian Kerajaan di Perak
1. ADUN yang melompat keluar dari Pakatan Rakyat adalah ADUN Behrang, Jamaludin Abu Bakar (PKR), ADUN Changkat Jering, Mohd Osman Jailu dan ADUN Jelapang, Hee Hip Hong (DAP). Manakala ADUN Bota, Datuk Nasarudin Hashim yang menyertai PKR pada 25hb Januari lalu menyertai semula BN.
2. TPM Datuk Seri Najib Tun Razak telah membuat kenyataan media dengan kehadiran ke empat ADUN di atas dan mendakwa Barisan Nasional telah mengambil alih pentadbiran Kerajaan Negeri Perak dengan majoriti baru yang mereka perolehi dengan penyertaan 4 ADUN berkenaan.
3. Ketiga ADUN yang melompat keluar dari Pakatan Rakyat menyatakan mereka parti bebas yang memberi sokongan bagi Barisan Nasional. Kecuali ADUN Nasarudin yang menyertai semula BN.
4. Kedudukan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) adalah 28 PR, 3 Bebas, 28 BN
5. Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin telah bertindak mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) dan telah ke Istana Kinta bagi mendapat perkenan Sultan Perak Sultan Azlan Shah.
6. Paduka Baginda Sultan Perak Sultan Azlan Shah menyatakan akan membuat keputusan keesokan hari. Menariknya, Sultan Azlan Shah berpesan kepada MB Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin dengan peringatan ayat Quran 'Innallahama' assobiriin' yang bermaksud 'Sesungguhnya Allah bersama dengan orang-orang yang sabar'
Fakta Yang Perlu Di Fahami
1. Press Statement atau Kenyataan Media DS Najib tidak sesekali menyebabkan berlakunya pertukaran kuasa Kerajaan Negeri dari Pakatan Rakyat kepada Barisan Nasional.
2. Pakatan Rakyat sehingga di putuskan oleh Sultan Perak Sultan Azlan Shah adalah masih lagi sebuah kerajaan negeri yang sah dan perlu menjalankan aktiviti Kerajaan Negeri seperti biasa.
3. Sehingga di putuskan oleh Sultan Perak Sultan Azlan Shah, samada menerima permohonan bagi pembubaran Dewan Undangan Negeri bagi diadakan pilihanraya DUN semula atau,.
4. Seandainya BN dibenar menubuhkan kerajaan negeri maka, ia perlulah dilakukan melalui usul undi tidak percaya semasa persidangan Dewan Undangan Negeri. (dan perlu difahami disini persidangan DUN akan datang yang terdekat adalah dalam bulan April 2009)
5. BN hanya sah menubuhkan kerajaan negeri bila saranan lantikan Menteri Besar dan Ahli Majlis Kerajaan Negeri dari kalangan mereka di terima oleh Sultan Azlan Shah dan watikah lantikan Menteri Besar berjaya di laksanakan.
Sehingga perkara di atas berlaku, Kerajaan Pakatan Rakyat yang ada sekarang masih sebuah Kerajaan Negeri yang sah dan akan menjalankan urusan pentadbiran negeri seperti biasa.
Sekian, Untuk makluman dan hebahan.
Wednesday, February 4, 2009
Umno amal agenda beli Adun sejak 1961
JERTEH, 4 Feb (Hrkh) - Isu yang berlaku di Perak sekarang bukan lagi perkara baru, sebaliknya merupakan kerja jahat yang diwarisi Umno sejak tahun 1961.
Iklan | |
Peristiwa ituberlaku di Terengganu, di mana kerajaan PAS yang diketuai Allahyarham Daud Samad tumbang melalui undi tidak percaya dibawa Perikatan.
Sebelum itu PAS menubuh kerajaan di Terengganu melalui pilihan raya umum pertama pada 1959 dengan memenangi 13 dari 24 kerusi Dun, namun Perikatan membeli empat wakil rakyat PAS dengan pelbagai tawaran.
Perikatan pula memenangi tujuh kerusi dan empat kerusi dimenangi Parti Negara.
Dan akhirnya kerajaan negeri di bawah PAS tumbang melalui undi tidak percaya.
Manakala di Kelantan seramai lima wakil rakyat PAS dikurung selama sebulan pada 1968 bertujuan meruntuhkan kerajaan PAS, namun gagal.
Ahli Parlimen Kuala Terengganu Haji Mohd Abdul Wahid Endut yang kini dikenali Mawe berkata, tindakan Umno 'menculik' dua Adun di Perak daripada �Parti Keadilan Rakyat KeADILan merupakan episod lama yang berulang.
Beliau berkata, tindakan mengurung� dua Adun Pakatan Rakyat�di Pekan, Pahang selama empat baru-baru ini membuktikan realiti jahat yang diwarisi Umno.
Beliau yang juga Adun Wakaf Mempelam berkata, mereka berbuat demkian bertujuan untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak tanpa melalui demokrasi dengan membeli Adun Pakatan Rakyat.
"PAS mempunyai pengalaman dalam hal pembelian wakil rakyat yang berlaku hampir 50 tahun lalu," katanya pada ceramah di Kampung Padang Luas Dalam dekat sini, malam tadi.
Baru-baru ini Adun Changkat Jering, Mohd Osman Jailu dan Adun Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi menghilangkan diri beberapa hari dan difahamkan dikurung pemimpin Umno di Pahang.
"Semasa saya �berceramah di Perak bersama Menteri Besar, Dato' Seri Ir Mohd Nizar Jamaluddin beberapa hari lalu, saya menasihatnya bersabar di atas kejadian yang berlaku di Perak sekarang.
"Ini kerana kerja jahat seperti itu sudah diwarisi Umno sejak hampir 50 tahun lalu," ujarnya.
Anggota parlimen Kuala Terengganu itu yakin PAS dan Pakatan Rakyat akan kembali mentadbir Terengganu memandangkan rakyat sekarang mempunyai kesedaran politik yang tinggi.
Menurutnya PAS akan mengulangi kejayaan memerintah negeri itu seperti berlaku pada pilihan raya umum 1999 apabila memenangi 28 daripada 32 kerusi Dun.
Abdul Wahid juga merakam ucapan terima kasih di atas sokongan semua pihak sehingga memberi kemenangan kepada PAS pada pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu 17 Januari lalu. �
Turut hadir pada program itu anggota Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail dan Setiausaha PAS Besut, Ustaz Mohd Zaid Yusoff.� - mj _
sumber : Harakahdaily.net