Thursday, January 29, 2009

Starsucks tutup 300 premis!! Boikot

Starbucks berhentikan 6,700 pekerja, 300 premis ditutup 

NEW YORK: Starbucks, rangkaian kedai kopi popular akan memberhentikan 6,700 pekerjanya serta menutup 300 rangkaian kedainya di seluruh dunia sebagai persediaan menghadapi kemelesetan ekonomi dunia. 

Sebelum ini, Starbucks mengumumkan mengenai langkah pengstrukturan besar-besarannya pada Julai depan selepas prestasi kewangan suku pertama perniagaannya tahun lalu jatuh sehingga 6 peratus. 

Syarikat berkenaan mencatatkan keuntungan bersih bagi suku terakhir pada 28 Disember lalu kepada 69 peratus atau AS$64.3 juta daripada AS$ 208.1 juta pada tempoh sama 2007.

“Dalam keadaan kelemahan ekonomi global dan situasi pelanggan sekarang, Starbucks perlu mematuhi pelan perniagaan yang lebih baik iaitu menguatkan perniagaan dengan operasi lebih efisyen dan memantapkan nilai asas perniagaan serta jenama kami," kata 

Howard Schultz, Pengerusi yang juga Ketua Eksekutif Starbucks. 

Sehingga hujung tahun ini, syarikat berkenaan bercadang menutup kira-kira 300 premisnya di seluruh dunia, termasuk 200 di Amerika. 

Terbaru pada Julai lalu, Starbucks menutup 600 rangkaian kedainya di Amerika dengan lebih 11,000 hilang pekerjaan. - AFP


ni berita kat amerika sendiri...ayuh semua umat islam di malaysia.kita lumpuhkan McDonalds dan Coca-cola dulu. 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin