Thursday, April 16, 2009
TMnut Screamyx Sengal!!
Bayaran ‘OK’, tetapi internet ‘KO’
Saya harap kehidupan akan menjadi lebih mudah, bahagia dan luar biasa dengan Kabinet baru yang diumumkan minggu sudah, terutama yang berkaitan dengan era teknologi komunikasi dan informasi atau ringkasnya ICT.
Dalam rombakan Kabinet Najib, portfolio komunikasi diletakkan satu kementerian dengan penerangan, kesenian dan kebudayaan. Ini kedengaran lebih munasabah. Kabinet yang lalu ada Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi. Ramai orang bertanya macam mana komunikasi boleh masuk dalam air?
Apakah kerana tersilap letak portfolio maka saya mengalami masalah dengan talian internet di rumah? Selama lebih sebulan komputer di rumah saya terputus dengan dunia luar. Ketika orang sibuk bercakap mengenai kecanggihan ICT, saya tidak dapat melayari internet. Dan satu rumah hampir gila. Ini bukan satu gurauan, ini satu kenyataan di era ICT.
Mulanya saya menganggap yang terjadi itu adalah kerosakan biasa. Saya menghubungi Streamyx, terpaksa menunggu kira-kira sepuluh minit sebelum dapat bercakap dengan petugas di bahagian teknikal. Suaranya manis dan manja. Saya diarahkan shhupaya melakukan beberapa perkara. Telefon di ruang tamu komputer di bilik lain.
Tekan itu, tekan ini, taip itu, taip ini. Sulit betul berlari-lari dari ruang tamu ke bilik komputer. Akhirnya setelah kira-kira setengah jam melakukan apa yang diarahkan, internet masih tidak dapat diaktifkan. Si suara manja itu berkata: “Biarkan dulu dua jam, kalau tidak ada apa-apa telefon kami.”
Dua jam berlalu, saya harap semuanya OK, tetapi internet masih KO. Telefon lagi, tunggu seketika baru dapat bercakap dengan petugas di bahagian yang sama, tetapi tidak dengan si manja tadi. Kali ini lelaki, suaranya mesra pelanggan: “Boleh saya bantu?”
Saya memberikan nombor aduan pagi tadi, tetapi dia masih mahu tahu apa sebenarnya terjadi. Dengan berat hati saya menceritakan semula masalah talian internet dari A sampai Z. Seperti mula-mula tadi, petugas ini meminta saya melakukan sekian, sekian, sekian. Dan saya terpaksa berlari dari ruang tamu ke bilik komputer.
Sudah sekerat hari berlalu, masalah masih tidak selesai. Dia meminta saya menunggu hingga lima petang. “Kalau tidak ada apa-apa hubungi kami.” Sebelah petang, anak saya pula menelefon setelah mendapati yang KO masih belum OK. Dia memberi nombor aduan, tetapi diminta juga menceritakan apa yang telah diceritakan dua kali pagi tadi. Sehingga lewat malam itu, setelah lima kali menelefon, talian internet masih sekejap ada sekejap putus.
Pagi esoknya, dengan semangat kesabaran ESQ-165 semakin menurun, saya menelefon untuk aduan kali keenam. Saya memberitahu nombor aduan. “Boleh tak beritahu apa masalahnya?” dia bertanya lembut. Tetapi saya tidak boleh berlembut lagi: “Ini kali keenam saya membuat aduan. Kenapa mesti saya ceritakan apa yang telah diulang berkali-kali. Bukankah semuanya telah direkodkan, saya tidak mahu cerita lagi, awak tengok laporan awal. Saya hendak tanya awak boleh baiki atau tidak?”
Sebelah petang seorang petugas teknikal datang ke rumah. Cuit sana, cuit sini, tekan itu, tekan ini, blah, blah, blah. Akhirnya dia berkata: “Kita sudah cek, semuanya OK.” Sabar saya pun tiba pada tahap penghabisan, dan saya berkata: “Kalau OK macam mana boleh tidak dapat internet? Macam mana sekejap ada sekejap tak ada?” Dia berkata: “Itu yang saya tidak tahu, pakcik. Saya balik opis saya betulkan dari sana.” Pulak!
Betul kecewa! Tidak sanggup lagi hendak menghubungi Streamyx. Anak-anak saya terpaksa ke 'cybercafe' untuk membuat tugasan-tugasan universiti. Mereka memang bergantung pada internet. Bila talian itu KO mereka seperti terputus komunikasi. Hairan, rumah saya terletak dalam kawasan koridor raya multimedia, tetapi masih tidak boleh berinternet.
Setelah seminggu penuh kecewa, saya menghubungi lagi syarikat berkenaan. Jantung terus berdegup kencang, telinga naik merah, rambut pun tercacak, gigi-gigi palsu berlaga, tangan jadi terketar-ketar. Sebab, pegawai di sana masih bertanya soalan yang sama: “Boleh kita tahu macam mana masalah ini terjadi?” Grrr!
Percaya atau tidak, sejak mula terjadi masalah, saya dan anak-anak sudah membuat lebih 15 panggilan telefon menggunakan nombor aduan yang sama. Sudah puas berbalas pantun, bergurindam, bercerpen, malah sudah ke peringkat bersajak kabur, tetapi masalah itu belum dapat diselesaikan. Sudah lebih sebulan saya tidak berinternet.
Dan, dalam bil telefon terbaru saya masih dicaj RM85 untuk perkhidmatan yang telah tidak dapat digunakan. Demikianlah cekapnya perkhidmatan kita! Mereka hanya pandai mengenakan bayaran, tetapi gagal memberikan perkhidmatan. Harap-harap kepedihan ini tidak terjadi pada pengguna dan pelanggan lain.
http://www.sinarharian.com.my/com/content/story2661400.asp
huhuhu....patutlah internet kat umah aku lembap nak mampos. baru je register ni. dengan penuh semangat dan sanggup mengorbankan belanja2 lain tak kisah bayar 120 demi kemudahan internet yang laju 1mb la katakan. sejak pasang tak sampai sebulan pon lagi ni. entah camne aku rasa kenapa internet umah aku ni macam slow je, ke memang normal 1mb macam ni. bile cek2 balik memang slow sangat2 dan tak sepatutnya aku bayar 120 untuk servis macam 1kb je, dia punya slow kalau race dengan kura2 pon belum tentu badak biru tu leh menang. .tak berbaloi la dengan ape yang kita bayar dapat servis lembap. dah la buat kontrak(pandai celaka tmnet ni), nak tukar P1WMAX pon dah takleh dah. tertipunya aku. betul lah bagai apa yang dikata sign up now regret later. inilah akibatnya servis internet ni diberi hak monopoly. terus servis macam celaka......nak makan duit orang je.
Labels:
ARTICLE
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment