Showing posts with label HEBAHAN. Show all posts
Showing posts with label HEBAHAN. Show all posts

Thursday, December 3, 2009

Jom Sokong Tok Guru Nik Aziz

Terima kasih kepada sesiapa sahaja yang mengadakan demonstrasi membantah Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Hasil dari perhimpunan terbesar dalam sejarah Kelantan itu semalam, akan diadakan pula perhimpunan berikut:

Jika anda tinggal di Kota Bharu atau tak jauh dari bandaraya bertuah itu dan anda pula menyokong sikap dan pendirian Tok Guru, anda mesti memastikan kehadiran anda.

Saya juga berharap anda tidak berasa dukacita jika jumlah perhimpunan anda tidak sehebat dan sebesar perhimpunan terbesar dalam sejarah Kelantan semalam yang dianjurkan oleh entah siapa, mungkin Umno....

Wednesday, November 4, 2009

Hebahan: Tiket Mula Dijual



PIALA MALAYSIA 2009
November 2 2009 - Harga tiket perlawanan akhir Piala Malaysia 2009 yang akan berlangsung Sabtu ini di antara Kelantan dan Negeri Sembilan, adalah RM20 bagi orang dewasa dan RM5 bagi kanak-kanak (bawah 12 tahun).

Sebanyak 85,000 keping tiket dengan Kelantan telah menempah 30,000 keping manakala 20,000 telah ditempah Negeri Sembilan.

Baki tiket sebanyak 35,000 akan dijual di Stadium Nasional, Bukit Jalil mulai Jumaat ini bermula 11 pagi hingga 10 malam manakala bermula 10 pagi pada hari perlawanan.

Penyokong Negeri Sembilan yang ingin menyaksikan final Piala Malaysia di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Sabtu ini, boleh membeli tiket perlawanan di kaunter tiket Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, dan di pejabat Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS), mulai hari ini mulai jam 10 pagi hingga 3 petang.

Sebayak 10,000 tiket menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Sabtu ini kini boleh dibeli penyokong Kelantan di kaunter tiket di Stadium Sultan Muhamad IV.

Semua tiket berharga RM20 itu dijual hari ini mulai jam 12 tengah hari hingga 5 petang dan akan dijual lagi esok sekiranya masih ada.

Viva La Sabtu Part II

Hebahan semua untuk orang2 kelate, towkey2 bundle kelate, anak2 muda kelate, yang tak pernah pergi final piala malaysia. hahaha. last kelantan masuk final piala malaysia kita pon takde lagi agaknye, bile masa nak perginye...jadi jangan lepaskan peluang macam ni. sabtu ni 7.11.2009 pukul 8.45 ayuh semua memenuhkan stadium bukit jalil. tinggalkan the reds yang asyik kalah ni buat sementara. huhuhu. layan red warrior lak. semua pakai baju merah, baju liverpool pon takpe. harap kelantan berjaya menjadi juara dan melakar sejarahnya sendiri. bagi menebus kekalahan pada final piala f.a dengan selangor...sekarang selangor pon tak lepas dah. hahaha.

Friday, August 21, 2009

Syukur dan Selamat Menyambut Bulan Ramadan Al-Mubarak



Syukur Alhamdulillah diatas anugerah ALLAH s.a.w.

Esok dah mule berpuasa. malam ni dah terawikh...selamat menjalankan ibadah puasa kepada semua. semoga memperolehi keberkatan dan keampunan pada ramadan kali ini.

Tuesday, August 11, 2009

Hebahan : Sistem Jalan Sehala untuk Penyelam2 Bundle di Sekitar Kota Bharu Bandaraya Islam, Kelantan

PEMBERITAHUAN

Adalah diMaklumkan mulai 11 Ogos 2009 Pihak Majlis akan melaksanakan Sistem Jalan Sehala di Pusat Bandar Kota Bharu.
Antara jalan-jalan utama yang terlibat seperti berikut :-
1.Jalan Hospital dari simpang Jalan Mahmood menuju ke Medan Tuan Padang dan Jalan Gajah Mati.
2.Jalan Doktor
3.Jalan Temenggong
4.Jalan Tok Hakim bermula dari Hotel Riverview hingga Jalan Padang Garong.
5.Jalan Pintu Pong menuju ke Pasar Siti Khadijah.
6.Jalan di Sekeliling Pasar Siti Khadijah termasuk Jalan Parit Dalam.


Hari ini dalam sejarah negeri kelantan... Bandar Kota Bharu telah membuat perubahan sistem laluannya di hampir keseluruhan kawasan padat ditengah bandar. Sistem laluan dua hala sebelum ini banyak yang telah ditukarkan kepada laluan sehala.

Jalan dua hala hadapan Kompleks Mahkamah dan Bangunan Mara telah dijadikan sehala dengan pembahagi jalan dan lampu isyarat telah dibuang. Ini membolehkan laluan dari stadium sultan mohammad ke-4 hanya sehala menghala ke bulatan air pancut (jam besar sebelum ini) menjadi lebih laju dan cepat berbanding selalu jem sebelum ini.

Laluan dari bulatan air pancut (jam besar) ke bazar buluh kubu juga sehala dengan pembahagi jalan juga sudah di buang membolehlah laluan lebih lancar dan mudah.

Laluan dari Bagunan The Store baru dahulunya (kini dah ditutup) juga sehala menuju ke bangunan TNB dan Parkson Mall (akan dibuka) terus ke bangunan KWSP dan terus ke persimpangan jalan kebun sultan. Laluan dari jalan pengkalan chepa tidak lagi boleh memasuki jalan ke bangunan KWSP kerana ia telah menjadi sehala.

Jalan dihadapan Bazar buluh kubu juga menjadi sehala dari Pasar buluh kubu menuju ke persimpangan bazar.

Jalan susur dari pasaraya Pantai Timur melalui pasar siti khadijah dihadapan McDonaldhanya boleh keluar melalui hadapan banguna TNB.

Ada beberapa lagi perubahan laluan yang rasanya mampu menyelesaikan masalah kesesakan jalanrya sebelum ini.

Terima Kasih kepada Kerajaan PAS kelantan.

sila klik link untuk melihat peta http://115.133.144.162/mpkb/jalansehala.html

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin