All i can see is RED!!
This is not Protes Rally!!
3 jam sebelum perlawanan bermula
Terima kasih kepada Encik Jani dan Isteri kerana mengambil dan menghantar. Tolong beli tiket lagi, thank you so much..
Sabar menunggu perlawanan bermula
Hehehe..Ezei pon ade kat sini. sahabat di U dan housmate dulu.
Steady Red Warrior!!
Pertama sekali tahniah aku ucapkan untuk pasukan Kelantan kerana berjaya melangkah ke perlawanan Akhir buat pertama kalinya aku rasa walaupun keputusan tidak menyebelahi pasukan kelantan.
Semalam sampai di stadium dalam pukul 5 petang jalan sudah mulai sesak untuk ke stadium bukit jalil. beribu-ripu penyokong kelantan sudah menguasai setiap genap penjuru kawasan stadium bukit jalil. mulai masuk ke stadium jam 6 lebih. kelihatan didalam stadium pon sudah penuh penyokong-penyokong kelantan. terjumpa sahabat-sahabat lama yang datang dari kelantan. dikhabarkan lebih kurang 200 buah bas yang datang dari kelantan. ini tidak termasuk kenderaan persendirian dan orang kelantan dari puchong, cheras, ulu klang, seri kembangan, bangi, petaling jaya, kajang, gombak, ampang, shah alam, putrajaya etc... memang penyokong-penyokong kelantan kelihatan sangat teruja mahu menyaksikan perlawanan hebat ni. berbeza dengan penyokong selangor yang sudah lali dengan perlawanan akhir barangkali. semalam kalau nak dikirakan stadium bukit jalil semalam memang penuh dan bilangan penyokong kelantan melebihi penyokong selangor melalui pemerhatian yang dibuat.
Tepat jam 8.45 perlawanan bermula, perlawanan kelihatan agak seimbang dengan kedua-dua pasukan berbalas serangan. memang seperti yang dijangka kelantan akan memberikan saingan yang sengit kepada selangor. sehingga mengheret selangor ke masa tambahan. sedih sekali...selangor dapat menjaringkan gol penyamaan dan berakhirlah perlawanan dengan keputusan seri 1-1.
Keputusan perlawanan pada malam itu akhirnya ditentukan sepakan penalti yang dimenangi oleh selangor. semua penyokong kelantan pastinya sedih pada malam tadi. termasuk penulis la. huhuhuhu.....pulang dengan hati yang keciwaaaa..
Akhir sekali , tahniah kepada pemain-pemain kelantan kerana berusaha sedaya upaya mereka untuk memenangi perlawanan semalam namun nasib tidak menyebelahi apabila kalah dengan sepakan penalti. Mereka masih muda, mereka pasukan baru. Mungkin tiada pengalaman dalam perlawanan akhir yang berprestij sebegini. juga ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada penyokong2 kelantan yang sanggup datang dari jauh setiap pelusuk negeri. tahniah kerana bersikap profesional dan menerima kekalahan ini dengan hati yang terbuka. anda semua terbaik!! MB kita TUK GURU NIK AZIZ pasti bangga...Salam
NOTA : Tak sangka semalam penyokong selangor pon bawak bendera PAS. ehehe. selalu keADILan je...bendera AMENO/BN xde la aku cari. sori!!
terima kasih pada semua yang bawak bendera PAS. Just to show that we in democracy country and we were not paid by anybody to show our support for PAS. TAKBIR!!!!!
huh..cybertrooper again!!
ReplyDeletewalaupun selangor vs kelantan ..ko tengok brapa ex -player perak yg main mlm tue..khalid ,indera,r.surendran ,hamsani ....klu ada lg sila tambah
ReplyDeleteyela2..perak memang power pon. ehehe. camnilah. bagi merapatkan silaturahim. camne kalau perak dengan kelantan calon final piala malaysia pulak. ehehehe.
ReplyDelete