Thursday, April 16, 2009

Fairus letak jawatan ADUN Penanti

Apr 16, 09 1:26pm
Bekas timbalan ketua menteri 1 Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin hari ini mengumumkan keputusannya meletak jawatan ADUN Penanti, berkuatkuasa hari ini.

Katanya, keputusan itu dibuat untuk membolehkan beliau memberi tumpuan penuh terhadap usaha bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat pasca siswazah.

Ia juga, katanya, untuk memberi masa kepadanya untuk bersama-sama dengan keluarga "yang selama ini terpaksa berkorban dalam memenuhi tugasan saya".

Kenyataan Fairus itu dikeluarkan oleh Biro Penerangan PKR, tetapi tiada pengesahan dari Fairus sendiri kerana beliau tidak dapat dibungi. [Baca kenyataan penuh Fairus]

"Ruang ini juga akan saya manfaatkan untuk menumpukan usaha bagi membersihkan nama baik saya dari segala tohmahan yang dilemparkan terhadap saya selama ini," tambahnya.

Fairus yang sedang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), berhubung satu projek kuari di Pulau Pinang, meletakkan jawatan timbalan ketua menteri pada 8 April lalu.

Berikutan peletakan jawatannya itu, pilihanraya kecil perlu diadakan bagi kerus tersebut dalam tempoh 60 hari.

DUN Penanti terletak dalam kawasan parlimen Permatang Pauh yang diwakili oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketika diwawancara dengan akhbar berbahasa Cina - Nanyang - Fairus
memberi masa dua minggu kepada pucuk pimpinan PKR supaya membersihkan namany.

Beliau juga dilaporkan mendakwa segala tohmahan itu difitnah oleh orang dalaman parti itu sendiri.

Mengenai masa depannya, Fairus memberitahu akhbar berkenaan bahawa beliau ada banyak pilihan - keluar parti, letak jawatan, lompat parti atau menjadi ADUN bebas.

Beliau juga menyatakan akan menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang minggu depan.

Manakala timbalan pengerusi PKR negeri, Dr Mansor Othman pula berkata Anwar dijadual pulang ke Permatang Pauh esok.

Difahamkan, beliau mungkin berbincang dengan kepimpin PKR Pulau Pinang berhubung calon yang bakal dipilih bertanding di Penanti.

Dr Mansor disebut-sebut bakal dipilih mewakili Pakatan Rakyat, khususnya PKR bertanding dalam pilihanraya kecil itu.

Apabila ditanya kepadanya, Dr Mansor berulangkali mengatakan beliau akan patuh keputusan parti.

Beliau pernah bertanding di DUN Pulau Betong dalam pilihanraya umum tahun lalu, tetapi tewas.

Sementara itu, Speaker DUN Pulau Pinang, Abdul Halim Hussain mengesahkan telah menerima surat peletakan jawatan Fairus itu.

Dalam satu sidang akhbar yang dilihat secara tergesa-gesa di pejabatnya hari ini, Abdul Halim berkata, beliau menerima surat tersebut awal hari ini.

Katanya, persiapan sedang dibuat untuk menghadapi pilihanraya kecil Penanti.

http://www.malaysiakini.com/news/102483


arghh...mengundi lagi. bila nak abis ni. tapi ok jugak.

Ini berita terbaik untuk Kakak Jual Gulai Itik di Penanti.

Ini berita tersenyum untuk semua kedai bundle di Permatang Pauh.

Ini berita baik untuk restoran Nasi Kandar sebelah Masjid.

Ini berita baik untuk kereta kerajaan Pulau Pinang yang di heret
oleh Fairus ke hulu ke hilir bukan kerana tugas resmi.

Ini berita baik untuk semua kaki rasuah dalam Pakatan.
Oppps...Silap ! Ini berita gerun untuk semua kaki rasuah
dan kaki jual kontrek dalam Pakatan Rakyat.

Ini berita baik untuk semua yang anti rasuah.

paling penting leh test lagi AMENO/Be End khususnya najis. mana tau kena 5-0.
harap PR letak calon PAS la senang..tak banyak cerita sgt. insyallah masalah pon tak timbul kemudian nanti..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin