Wednesday, November 4, 2009

Hebahan: Tiket Mula Dijual



PIALA MALAYSIA 2009
November 2 2009 - Harga tiket perlawanan akhir Piala Malaysia 2009 yang akan berlangsung Sabtu ini di antara Kelantan dan Negeri Sembilan, adalah RM20 bagi orang dewasa dan RM5 bagi kanak-kanak (bawah 12 tahun).

Sebanyak 85,000 keping tiket dengan Kelantan telah menempah 30,000 keping manakala 20,000 telah ditempah Negeri Sembilan.

Baki tiket sebanyak 35,000 akan dijual di Stadium Nasional, Bukit Jalil mulai Jumaat ini bermula 11 pagi hingga 10 malam manakala bermula 10 pagi pada hari perlawanan.

Penyokong Negeri Sembilan yang ingin menyaksikan final Piala Malaysia di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Sabtu ini, boleh membeli tiket perlawanan di kaunter tiket Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, dan di pejabat Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS), mulai hari ini mulai jam 10 pagi hingga 3 petang.

Sebayak 10,000 tiket menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Sabtu ini kini boleh dibeli penyokong Kelantan di kaunter tiket di Stadium Sultan Muhamad IV.

Semua tiket berharga RM20 itu dijual hari ini mulai jam 12 tengah hari hingga 5 petang dan akan dijual lagi esok sekiranya masih ada.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin