Sunday, November 22, 2009

Senarai Penuh Skuad Kelantan 2010



Senarai Pemain Kelantan 2010 :

Penjaga Gol

1. Syed Adney Syed Hussein
2. Mohd Shahrizan Ismail
3. Mohd Khairul Fahmi Che Mat

Pertahanan

1. Ahmad Azlan Zainal
2. Mohd Rizal Fahmi Abdul Rosid
3. Mohd Farisham Ismail
4. Zairul Fitree Ishak
5. Mohd Zamri Ramli
6. S. Subramaniam
7. Sharudy Aziz
8. Azizi Mat Rose

Tengah

1. Mohd Badhri Muhd Radzi
2. Khairan Eroza Razali
3. Mohd NorFarhan Mohamad
4. Mohd Shakir Shaari
5. S. Chanturu
6. Wan Zaman Wan Mustapa
7. Mohd Daudsu Jamaludin

Penyerang

1. Norshahrul Idlan Talaha
2. Indra Putra Mahyuddin
3. Che Hishamuddin Hassan
4. Mohd Nizab Ayub
5. Akmal Rizal Ahmad Rakhli
6. Mohd Ramzul Zahini Adenan
7. Zul Yusri Che Haron

Jurulatih: B. SATHIANATHAN

Nama yang bertulisan merah ialah pemain baru yang dibawa masuk..

Info dari Webmaster KDN sebentar tadi..(SMS dari Pengurus Pasukan kepada Presiden kelate.net)

Mungkin ada beberapa pemain yang sedang dalam rundingan seperti K.Soley dan Nazru Erwan..

Pemain yang digugurkan ialah sebanyak 9 orang..

Tuesday, November 17, 2009

Iklan TMNut Screamyx ni failed la!

Sengal-sengal...lu tak on suis mane nak hidup modem tu. nak lawan W1Max la konon. potongkan aje streamyx ni. lembab nak mampos..kerja nak menipu je. kite bayar mahal untuk connection yang lembab. potong...potong..potong..jangan tak potong. abis kontrak jangan lupa potong ek. line paling lembab, malu dengan singapore je.

Utusan Malaysia membodek?

Berikut adalah bukti, mengapa utusan meloya ni dikatakan surat khabar membodek atau senang cakap surat khabar umno la. bagus utusan meloya ni ye. pandai lu main photoshop. kalau kes-kes yang tak baik, kena buang gambar bendera BN tu kan. orang tak cakap apa lagi tu. dah buang..paranoid dan mengampu tak abis UMNO ni. kalau kes ADUN BN gi tolong orang. korang zoom tak ingat bendera BN. jadi renti2kanlah beli utusan meloya ni. surat khabar ni patut tulis je, hanya untuk ahli UMNO dan BN sahaja. itu jam, korang nak buat berita baik saje pasal UMNO dan BN takde orang marah dah.

Wednesday, November 11, 2009

Fasha Sandha Sokong Kelantan?


* Gambar kredit untuk seribulan dari forum Cari.

Gano mu? bukan ke die ni orang penang ke? mungkin ade betulnye apa yang aku baca di forum2 dengar di radio2 dan tv. hampir 70% rakyat malaysia mahukan kelantan menang. sampaikan fasha sandha pon sokong kelantan. ke minah ni awek salah sorang player kelantan. ade sesape tahu ke? hahaha. tapi apakan daya kelantan tak berjaya merangkul piala malaysia, mungkin boleh cuba 10 tahun lagi. harap pasukan kelantan konsisten la dapat cepat sikit.

nota : setakat hattan nak buat ape, jantan dan tak hot langsung.


Tuesday, November 10, 2009

Apa Sebenarnya Berlaku Disebalik Kejadian Keganasan Penonton Di Stadium Bukit Jalil

TIGA suku stadium dipenuhi penyokong Kelantan. Hanya di penjuru kanan saja diisi penyokong ‘kuning’ pada saingan final Piala Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi. Steady la orang Kelantan dari seluruh Malaysia datang.


AMPANG, November 09, 2009 - Tahniah diucapkan kepada Pasukan Negeri Sembilan kerana menjuarai Piala Malaysia edisi yang ke 84 pada 7hb November 2009. Saya sebagai pemerhati bolasepak ingin memberi komen terhadap kejadian yang berlaku di Stadium Bukit Jalil pada hari tersebut.

Saya berada disekitar stadium seawal pukul 11 pagi kerana ingin melihat sendiri kemeriahan suasana sebelum pertandingan. Apa yang dilihat, pihak FAM, Pengurusan Stadium dan Polis yang dari awal mengetahui tiket sudah terjual 85,000 keping tidak mengambil kira kedatangan penonton yang datang dari jauh.

Penonton yang kebanyakannya datang dengan keluarga, ada yang membawa anak kecil. Selain daripada khemah untuk gerai yang menjual jersi dan cenderamata, tiada khemah atau tempat yang tertutup lain di luar stadium disediakan untuk penonton berteduh. Semua sudah maklum yang tiap-tiap petang hujan lebat akan berlaku di Lembah Kelang.

Suasana yang tenang pada mulanya telah bertukar menjadi sedikit tegang apabila petir dan kilat sabung menyabung tepat jam 3.30 petang. Penonton yang tiada tempat yang hendak dituju terpaksa berasak-asak kearah pintu masuk stadium dengan harapan pintu dibuka segera. Tiada tujuan lain selain untuk berteduh daripada hujan lebat. Pihak polis dan pengurusan stadium macam buat tak nampak saja apa yang berlaku diluar sana.

Padahal anak-anak kecil terpaksa berasak-asak ditengah-tengah lautan manusia. Hujan turun selebat-lebatnya pada jam 4.00 petang. Semua berada didalam risiko disambar petir atau pun lemas dipijak. Semua pihak yang tengok dari dalam stadium hanya memandang sinis hanya kerana mereka tersebut adalah penonton Kelantan yang sememangnya di anak tiri dalam segala hal.

Pada pukul 4.30 petang suasana tidak berubah, hujan makin lebat, penonton tiada pilihan selain menggoncang dan merempuh pagar. Pagar yang dirempuh akhirnya terbuka dan seramai kira-kira 5000 penonton bolos. Pada ketika itu, hanya ada 3 orang polis yang bertugas. Tidak seperti yang digembar-gembur kan dalam berita TV dan Radio sehari sebelum nya yang kira-kira 1500 polis akan bertugas. Disitulah “turning point” kesilapan terbesar yang berlaku, penonton yang masuk tanpa diperiksa oleh pihak pengurusan stadium, FAM, polis dan RELA, membawa segala-galanya.

Suka saya bertanya, siapa yang salah dalam hal ni dan siapa yang menjadi tuan rumah didalam perlawanan akhir ini? Pintu akhirnya berjaya ditutup kembali oleh pihak polis pada pukul 5.00 petang. Mulai daripada pukul 5.00 petang baru lah penonton yang berada diluar dibenarkan masuk melalui “official gate”. Tetapi apa yang menyedihkan, beg-beg tidak diperiksa. Ini tidak seperti Perlawanan Akhir Piala FA tempohari di mana beg-beg diperiksa dengan begitu rapi, air mineral berbotol tidak dibenarkan masuk. Tapi pada malam tersebut, bukan setakat tidak memeriksa botol air mineral, beg dan mercun, malah air mineral dijual terbuka di dalam stadium.

Tindakan pro-aktif dari pihak FAM dan Pengurusan Stadium Bukit Jalil perlu, berdasarkan pengalaman yang lepas semasa Pertandingan Akhir Piala FA dimana ianya juga membabitkan Pasukan Kelantan. Atau pihak FAM menunggu perkara ini berlaku dan akan menuding jari serta-merta kepada pihak KAFA.
Apa salahnya “official gate” dibuka seawal jam 3.00 petang untuk mengelakkan kejadian buruk berlaku. Bayangkan 85,000 manusia berada diluar stadium, dan pihak pengurusan Stadium bercadang membuka “official gate” pada pukul 5.30 petang. Kalaulah “official gate” dibuka seawal jam 3.00 petang maka ia memberi ketenangan kepada semua pihak yang terlibat. Pihak polis dan RELA akan mempunyai masa yang cukup untuk memeriksa penonton secara teliti dan ini akan mengelakkan kejadian membawa masuk mercun dan botol air.

Apa yang dilihat, pada pukul 8.45 malam di mana perlawanan sudah hendak bermula, beribu-ribu lagi penonton masih berbaris diluar. Di dalam hati setiap penonton yang berbaris tersimpan “eagerness” yang tinggi untuk menonton perlawanan tersebut. Ini menimbulkan “creating un-necessary tension” terhadap penonton yang masih berada diluar dikala wisel perlawanan dibunyikan. Kenapa perkara ini tiada langsung dibenak mereka-meraka yang bertanggungjawab menguruskan perlawanan ini.

Apabila penonton yang bolos akibat dari rempuhan pintu pagar tadi sudah berselerak di dalam stadium, apa lagi yang boleh dibuat oleh pihak pengurusan stadium, FAM dan polis. Mereka hanya menunggu untuk menyalahkan pihak lain. Pihak yang selalu disalahkan ialah KAFA.

Kejadian ini adalah 100% diluar kawalan KAFA. Pihak KAFA tidak boleh dipersalahkan kerana mereka bukan yang menguruskan stadium dan mereka juga bukan tuan rumah.

Memang semua pihak yang hadir termasuk saya sendiri tidak selesa dengan dentuman mercun yang tiada henti dari permulaan sehingga akhir perlawanan. “Semacam berada di Baghdad” kata pengulas sukan Zainal Abidin Rawop. Tetapi apakan daya, bak kata pepatah, membenteras lebih baik dari mengubatinya.

Sekarang, tiada pilihan lain, selain menyalahkan 100% kejadian ini kepada KAFA. Mereka akan didenda tidak kurang dari RM100,000, atau bermain stadium yang kosong atau tidak dibenarkan langsung dari menyertai MSL musim depan. Apabila dilihat dari sudut yang berbeza, “contribution” oleh penonton Kelantan dari segi kutipan tiket, kalau mengambil kira jumlah penonton 65,000 orang, RM 1,300,000 telah berjaya dikutip pada malam tersebut. Tidak termasuk penonton Kelantan yang membeli tiket yang dikhaskan kepada penyokong Negri Sembilan, dan tidak termasuk “consequences cost” seperti jualan jersi, cenderamata, makanan dan minuman pada hari tersebut. Penyokong Kelantan dan KAFA adalah pihak yang kalah dalam segala hal, walaupun kejadian ini boleh dibendung oleh pihak berwajib.

Saya sebagai pemerhati sukan ingin memberi gambaran tindakan yang diambil oleh FAM terhadap KAFA dilihat sentiasa berat sebelah. Contohnya kejadian membakar trak polis di luar perkarangan Stadium Kota Bharu, yang tiada kena mengena dengan penonton (peniaga yang bergaduh dengan polis), pihak KAFA juga disalahkan. KAFA didenda lebih RM100,000 dan tidak dibenarkan beraksi di stadium tersebut untuk beberapa perlawanan. Kerugian setiap perlawanan semasa beraksi di Kuala Lumpur juga ditanggung oleh KAFA.

Berbanding kejadian penonton masuk ke padang dan ingin menumbuk pengadil di Stadium Ismail Nasirudin Shah di Kuala Terengganu, pihak PBNT hanya didenda RM 5,000 sahaja. Kejadian lontar mercun terhadap pemain Selangor (T. Surendran) ketika meraikan jaringan oleh peminat Terengganu, PBNT hanya didenda RM 6,000 sahaja. Tahap keselamatan pagar stadium tersebut juga tidak melepasi tahap FAM, serta kualiti padang yang teruk seperti yang dikomen oleh jurulatih mereka sendiri (Ken Worden) dan Peter Butler, tetapi pihak FAM masih membenarkan perlawanan diadakan di Stadium tersebut. Kalau lah perkara ini berlaku di Kota Bharu, tindakan berlainan akan dilakukan. Kenapa tidak disuruh pasukan Terengganu beraksi di Kuantan yang mempunyai Stadium bertaraf antarabangsa? Kenapa FAM berdiam diri semasa kejadian memecah cermin kereta dan bas penyokong Kelantan di Perlis? Kenapa FAM berdiam diri apabila pemain Kelantan (Farisham) yang menunggu rawatan ditepi padang tercedera dibaling mercun di kepala oleh penonton Perlis ketika perlawanan separuh akhir tersebut, dimana ianya berlaku terang-terangan di saluran TV1 yang dipancarkan diseluruh Malaysia?

Kenapa dilihat “in-consistency” berlaku? Dilihat terdapat keputusan yang “bias” dan bertindak hanya untuk “pleased”kan pihak atasan sahaja. Kelemahan sendiri ditutup rapi. Harus diingat, fenomena bolasepak Malaysia kini kembali diwarnai kerana “turning point” yang dilakukan oleh pihak pengurusan KAFA yang menguruskan secara professional ala EPL dan sokongan peminat-peminat bolasepak Kelantan. Sehinggakan pihak pengurusan Tentera dan KL Plus juga berterima kasih kepada Kelantan kerana peningkatan hasil “gate collection” mereka semasa bertemu Kelantan di Stadium Selayang dan Cheras. Saya berharap pihak FAM membuat pertimbangan yang sewajarnya dan mengkaji dari segenap sudut sebelum menjatuhkan apa-apa hukuman terhadap KAFA.

Sekian, terima kasih.

Ir. Azizan Razak, Jurutera Professional,
Hp : 012-2050538

http://www.kelate.net/component/content/article/35-berita/523-apa-sebenarnya-berlaku-disebalik-kejadian-keganasan-penonton-di-stadium-bukit-jalil


Sunday, November 8, 2009

Hari Ini Aku Berhartal!

No newspaper, no television, no news, no online news, no forum, no PS3, no download, no upload, no incoming call, no outgoing call, no sms, no shopping, no trading, no selling, no buying, no smoking, no driving..no...no...no...duduk kat rumah diam-diam je bersama isteri dan anak tersayang.


Kelantan FC+PAS+Pakatan Rakyat+Liverpool FC

Thursday, November 5, 2009

Filem ‘Papadom’ berjaya atasi filem kontroversi ‘Jin Notti’ dan ‘Momok’


Afdlin Shauki dan Liyana Jasmay adalah bapa dan anak dalam filem 'Papadom'. -Foto THE STAR oleh RICKY LAI

FILEM ‘Papadom’ bukan sahaja mendapat gelaran terbaik di Festival Filem Malaysia (FFM) ke-22 pada 8 Ogos lalu malah turut mencatat pungutan tertinggi filem Melayu dalam beberapa bulan ini iaitu hampir RM3.4 juta.

Kutipan filem ‘Papadom’ telah berjaya mengatasi filem kontroversi iaitu ‘‘Momok The Movie’ (RM2.1 juta) dan ‘Jin Notti’ (RM2.05 juta) berdasarkan keputusan yang dikeluarkan oleh Finas mengikut wajib tayang.

Bagi Penerbit Eksekutif Tayangan Unggul Sdn Bhd, Gayatri Su Lin Pillai, kejayaan ini amat menggembirakan buat seluruh warga Papadom termasuk pengarah dan pelakonnya, Afdlin Shauki.

“Selepas 29 hari ditayangkan di pawagam seluruh negara, sudah hampir RM3.4 juta yang berjaya dikutip. Mungkin kita akan tayangkan sehingga dua minggu lagi di pawagam seluruh Malaysia.

“Kami juga gembira apabila ‘Papadom’ juga diundang untuk menayangkan filem itu di Osaka Asian Film Festival di Jepun pada Mac depan.

“Selain itu, kita sedang berunding untuk menayangkan filem ini di Singapura,” katanya ketika dihubungi.

Selain ‘Papadom’, Tayangan Unggul juga berbangga dengan kejayaan filem ‘Kala Malam Bulan Mengambang’ dengan merangkul gelaran Filem Terbaik dan kutipan box office menerusi filem ‘KL Menjerit’ iaitu RM1.9 juta.

Pada Ogos 2010, Tayangan Unggul akan menyediakan buah tangan ketiga daripada Afdlin dengan judul ‘Misteri Jalan Lama’ yang bergenre drama fantasi. Filem pertama Afdlin yang pernah diterbitkan oleh Tayangan Unggul adalah ‘Baik Punya Cilok’.

Selain itu, Gayatri menantikan kemunculan dua buah filem komedi yang akan ditayangkan iaitu Duhai Si Pari-Pari pada 31 Disember ini dan ‘Kapoww!!!’ (Mac 2010).

Farid Kamil yang memegang watak kasanova Hisham Hashim cuba mengurat Liyana Jasmay (Miasara) dalam filem 'Papadom'.

“Tahun ini kita banyak fokuskan kepada genre komedi. Mulai 15 November ini, kita akan memulakan pengambaran filem komedi seram ‘Hantu Kak Limah Pulang Ke Rumah’ arahan Mamat Khalid.

“Saya suka bekerjasama dengan pengarah-pengarah seperti Mamat dan Afdlin kerana mereka mempunyai ‘cop’ tersendiri,” ujarnya.


HAHAHA..BAGUS BETUL FILEM2 AFDLIN NI..ADE CLASS. TAK LAH BODOH MACAM FILEM PROF RAZAK MOHIDEEN NI. MAMAK YANG NAK KAUT KEUNTUNGAN DENGAN CITE2 BODOH YANG TAKDE SENI LANGSUNG.....GO AFDLIN, GO MAMAT KHALID DAN GO PENGARAH2 YANG LAIN...BIARKAN RAZAK MOHIDEEN SORANG JE YANG BODOH DENGAN FILEM NYE YANG TIPIKAL DAN 3RD CLASS TU.

Wednesday, November 4, 2009

Hebahan: Tiket Mula Dijual



PIALA MALAYSIA 2009
November 2 2009 - Harga tiket perlawanan akhir Piala Malaysia 2009 yang akan berlangsung Sabtu ini di antara Kelantan dan Negeri Sembilan, adalah RM20 bagi orang dewasa dan RM5 bagi kanak-kanak (bawah 12 tahun).

Sebanyak 85,000 keping tiket dengan Kelantan telah menempah 30,000 keping manakala 20,000 telah ditempah Negeri Sembilan.

Baki tiket sebanyak 35,000 akan dijual di Stadium Nasional, Bukit Jalil mulai Jumaat ini bermula 11 pagi hingga 10 malam manakala bermula 10 pagi pada hari perlawanan.

Penyokong Negeri Sembilan yang ingin menyaksikan final Piala Malaysia di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Sabtu ini, boleh membeli tiket perlawanan di kaunter tiket Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, dan di pejabat Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS), mulai hari ini mulai jam 10 pagi hingga 3 petang.

Sebayak 10,000 tiket menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Sabtu ini kini boleh dibeli penyokong Kelantan di kaunter tiket di Stadium Sultan Muhamad IV.

Semua tiket berharga RM20 itu dijual hari ini mulai jam 12 tengah hari hingga 5 petang dan akan dijual lagi esok sekiranya masih ada.

Viva La Sabtu Part II

Hebahan semua untuk orang2 kelate, towkey2 bundle kelate, anak2 muda kelate, yang tak pernah pergi final piala malaysia. hahaha. last kelantan masuk final piala malaysia kita pon takde lagi agaknye, bile masa nak perginye...jadi jangan lepaskan peluang macam ni. sabtu ni 7.11.2009 pukul 8.45 ayuh semua memenuhkan stadium bukit jalil. tinggalkan the reds yang asyik kalah ni buat sementara. huhuhu. layan red warrior lak. semua pakai baju merah, baju liverpool pon takpe. harap kelantan berjaya menjadi juara dan melakar sejarahnya sendiri. bagi menebus kekalahan pada final piala f.a dengan selangor...sekarang selangor pon tak lepas dah. hahaha.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin