Tuesday, April 28, 2009
Manusia yang didoakan oleh Malaikat
Allah SWT berfirman, "Sebenarnya (malaikat-malaikat itu) adalah hamba-hamba yang dimuliakan, mereka tidak mendahului-Nya dengan perkataan dan mereka mengerjakan perintah-perintah- Nya. Allah mengetahui segala sesuatu yang dihadapan mereka dan yang dibelakang mereka, dan mereka tidak memberikan syafa'at melainkan kepada orang - orang yang diredhai Allah, dan mereka selalu berhati-hati kerana takut kepada-Nya." (Surah Al Anbiyaa', ayat 26-2
Ketika kita menghadapi masalah, kerumitan, keperluan dan bimbingan, bukan saja kita perlukan kekuatan doa dari lidah, tetapi juga sokongan malaikat.
Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah:
1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.
Imam Ibnu Hibban meriwayatkan dari Abdullah bin Umar r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, "Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: "Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci." (hadis ini disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih At Targhib wat Tarhib I/37)
2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.
Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya, "Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: 'Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.'" (Sahih Muslim no. 469)
3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.
Imam Abu Dawud (dan Ibnu Khuzaimah) dari Barra' bin 'Azib r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan." (hadis ini disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih Sunan Abi Dawud I/130)
4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).
Para Imam yaitu Ahmad, Ibnu Majah, Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban dan Al Hakim meriwayatkan dari Aisyah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf-saf." (hadis ini disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih At Targhib wat Tarhib I/272)
5. Kalangan malaikat mengucapkan 'amin' ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.
Imam Bukhari meriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda maksudnya, "Jika seorang imam membaca 'ghairil maghdhuubi 'alaihim waladh dhaalinn'...(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), maka ucapkanlah oleh kamu 'aamiin' kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu." (Shahih Bukhari no. 782)
6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.
Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: "Para malaikat akan selalu berselawat kepada salah satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat, selama ia belum batal wudhu'nya, (para malaikat) berkata, 'Ya Allah ampunilah dan sayangilah ia.'" (Al Musnad no. 8106, Syaikh Ahmad Syakir menshahihkan hadis ini)
7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.
Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. bahawaRasulullah SAW bersabda maksudnya: "Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal. Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: "Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?" Mereka menjawab: 'Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.'" (Al Musnad no. 9140, hadis ini dishahihkan oleh Syaikh Ahmad Syakir)
8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.
Diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Ummud Darda' r.a. bahwasanya Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: "Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata 'aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.'" (Shahih Muslim no. 2733)
9. Orang yang membelanjakan harta (infak).
Imam Bukhari dan Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: "Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: 'Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak. Dan lainnya berkata, 'Ya Allah, hancurkanlah harta orang yang pelit.'" (Shahih Bukhari no. 1442 dan Shahih Muslim no. 1010)
10. Orang yang sedang makan sahur.
Imam Ibnu Hibban dan Imam Ath Thabrani, meriwayatkan dari Abdullah bin Umar r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur." (hadis ini dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih At Targhiib wat Tarhiib I/519)
11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.
Imam Ahmad meriwayatkan dari 'Ali bin Abi Thalib r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: "Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh." (Al Musnad no. 754, Syaikh Ahmad Syakir berkomentar, "Sanadnya shahih")
12. Seseorang yang mengajarkan kebaikan kepada orang lain.
Diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi dari Abu Umamah Al Bahily r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Keutamaan seorang alim atas seorang ahli ibadah bagaikan keutamaanku atas seorang yang paling rendah diantara kalian. Sesungguhnya penghuni langit dan bumi, bahkan semut yang di dalam lubangnya dan bahkan ikan, semuanya bershalawat kepada orang yang mengajarkan kebaikan kepada orang lain." (disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Kitab Shahih At Tirmidzi II/343)
Itulah antara mereka yang mendapat doa malaikat.
Semoga kita termasuk dan tersenarai sama.
Sunday, April 26, 2009
25.04.2009 - Final Piala Fa Kelantan vs Selangor
Pertama sekali tahniah aku ucapkan untuk pasukan Kelantan kerana berjaya melangkah ke perlawanan Akhir buat pertama kalinya aku rasa walaupun keputusan tidak menyebelahi pasukan kelantan.
Vintage Joy Division Band Tshirt For Sale
Blink 182 - Summer 2009
Summer 2009.
Thanks and get ready...
Label Type: Major Label
Band Members: Mark Hoppus, Tom Delonge, Travis Barker
Friday, April 24, 2009
Cara Bacaan Surah Al-Fatihah
Semoga boleh dimanfaatkan Al-Fatihah adalah satu rukun dalam solat, apabila cacat bacaannya maka rosaklah solat. Oleh itu perbaikilah bacaannya dengan ilmu tajwid. Bukan setakat bacaannya saja rosak malah kita menyebut nama syaitan di dalam solat kita. Berikut diperturunkan nama syaitan laknat yang wujud didalam Al-Fatihah, sekiranya kita tidak berhati-hati.
Nama syaitan
1. DU LI LAH (bila dibaca tiada sabdu)sepatutnya DULILLAH
2. HIR ROB (bila dibaca dengan sabdu)sepatutnya HI ROB
3. KIYYAU (bila dibaca dengan sabdu)sepatutnya KI YAU
4. KANNAK (bila dibaca dengan sabdu)sepatutnya KA NAK
5. KANNAS (bila dibaca dengan sabdu)sepatutnya KA NAS
6) Iya (disebut tanpa sabdu) sepatutnya Iyya. Iya bermaksud 'matahari'
Dalam ayat ke 5,jika salah bacaannya akan bermaksud "kepada mataharilah yang kami sembah dan kepada matahari kami meminta pertolongan"!!!!
7) SIROTHOLLAZI............. sehingga habis hendaklah dibaca tanpa henti.
AMIN .hendaklah mengaminkan Al-Fatihah dengan betul iaitu AA...dua harakat, MIN.... 2,4,6 harakat, semoga Amin kita bersamaan dengan Amin malaikat Insya-Allah. semoga kita menjadi orang yang sentiasa membaiki bacaannya. Perhatian ; Sebarkan hukum Allah walaupun satu ayat semoga kita mendapat rahmatNya, Insya-Allah.
wassalam.
Thursday, April 23, 2009
Selamat Hari Lahir Isteriku
SELAMAT HARI LAHIR ISTERIKU YANG TERSAYANG......
Wednesday, April 22, 2009
Why my blog use black colour as a layout
Tuesday, April 21, 2009
Authentic Lacoste Polo Shirt For Sale
Monday, April 20, 2009
Viva La Sabtu...
Thursday, April 16, 2009
TMnut Screamyx Sengal!!
Bayaran ‘OK’, tetapi internet ‘KO’
Saya harap kehidupan akan menjadi lebih mudah, bahagia dan luar biasa dengan Kabinet baru yang diumumkan minggu sudah, terutama yang berkaitan dengan era teknologi komunikasi dan informasi atau ringkasnya ICT.
Dalam rombakan Kabinet Najib, portfolio komunikasi diletakkan satu kementerian dengan penerangan, kesenian dan kebudayaan. Ini kedengaran lebih munasabah. Kabinet yang lalu ada Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi. Ramai orang bertanya macam mana komunikasi boleh masuk dalam air?
Apakah kerana tersilap letak portfolio maka saya mengalami masalah dengan talian internet di rumah? Selama lebih sebulan komputer di rumah saya terputus dengan dunia luar. Ketika orang sibuk bercakap mengenai kecanggihan ICT, saya tidak dapat melayari internet. Dan satu rumah hampir gila. Ini bukan satu gurauan, ini satu kenyataan di era ICT.
Mulanya saya menganggap yang terjadi itu adalah kerosakan biasa. Saya menghubungi Streamyx, terpaksa menunggu kira-kira sepuluh minit sebelum dapat bercakap dengan petugas di bahagian teknikal. Suaranya manis dan manja. Saya diarahkan shhupaya melakukan beberapa perkara. Telefon di ruang tamu komputer di bilik lain.
Tekan itu, tekan ini, taip itu, taip ini. Sulit betul berlari-lari dari ruang tamu ke bilik komputer. Akhirnya setelah kira-kira setengah jam melakukan apa yang diarahkan, internet masih tidak dapat diaktifkan. Si suara manja itu berkata: “Biarkan dulu dua jam, kalau tidak ada apa-apa telefon kami.”
Dua jam berlalu, saya harap semuanya OK, tetapi internet masih KO. Telefon lagi, tunggu seketika baru dapat bercakap dengan petugas di bahagian yang sama, tetapi tidak dengan si manja tadi. Kali ini lelaki, suaranya mesra pelanggan: “Boleh saya bantu?”
Saya memberikan nombor aduan pagi tadi, tetapi dia masih mahu tahu apa sebenarnya terjadi. Dengan berat hati saya menceritakan semula masalah talian internet dari A sampai Z. Seperti mula-mula tadi, petugas ini meminta saya melakukan sekian, sekian, sekian. Dan saya terpaksa berlari dari ruang tamu ke bilik komputer.
Sudah sekerat hari berlalu, masalah masih tidak selesai. Dia meminta saya menunggu hingga lima petang. “Kalau tidak ada apa-apa hubungi kami.” Sebelah petang, anak saya pula menelefon setelah mendapati yang KO masih belum OK. Dia memberi nombor aduan, tetapi diminta juga menceritakan apa yang telah diceritakan dua kali pagi tadi. Sehingga lewat malam itu, setelah lima kali menelefon, talian internet masih sekejap ada sekejap putus.
Pagi esoknya, dengan semangat kesabaran ESQ-165 semakin menurun, saya menelefon untuk aduan kali keenam. Saya memberitahu nombor aduan. “Boleh tak beritahu apa masalahnya?” dia bertanya lembut. Tetapi saya tidak boleh berlembut lagi: “Ini kali keenam saya membuat aduan. Kenapa mesti saya ceritakan apa yang telah diulang berkali-kali. Bukankah semuanya telah direkodkan, saya tidak mahu cerita lagi, awak tengok laporan awal. Saya hendak tanya awak boleh baiki atau tidak?”
Sebelah petang seorang petugas teknikal datang ke rumah. Cuit sana, cuit sini, tekan itu, tekan ini, blah, blah, blah. Akhirnya dia berkata: “Kita sudah cek, semuanya OK.” Sabar saya pun tiba pada tahap penghabisan, dan saya berkata: “Kalau OK macam mana boleh tidak dapat internet? Macam mana sekejap ada sekejap tak ada?” Dia berkata: “Itu yang saya tidak tahu, pakcik. Saya balik opis saya betulkan dari sana.” Pulak!
Betul kecewa! Tidak sanggup lagi hendak menghubungi Streamyx. Anak-anak saya terpaksa ke 'cybercafe' untuk membuat tugasan-tugasan universiti. Mereka memang bergantung pada internet. Bila talian itu KO mereka seperti terputus komunikasi. Hairan, rumah saya terletak dalam kawasan koridor raya multimedia, tetapi masih tidak boleh berinternet.
Setelah seminggu penuh kecewa, saya menghubungi lagi syarikat berkenaan. Jantung terus berdegup kencang, telinga naik merah, rambut pun tercacak, gigi-gigi palsu berlaga, tangan jadi terketar-ketar. Sebab, pegawai di sana masih bertanya soalan yang sama: “Boleh kita tahu macam mana masalah ini terjadi?” Grrr!
Percaya atau tidak, sejak mula terjadi masalah, saya dan anak-anak sudah membuat lebih 15 panggilan telefon menggunakan nombor aduan yang sama. Sudah puas berbalas pantun, bergurindam, bercerpen, malah sudah ke peringkat bersajak kabur, tetapi masalah itu belum dapat diselesaikan. Sudah lebih sebulan saya tidak berinternet.
Dan, dalam bil telefon terbaru saya masih dicaj RM85 untuk perkhidmatan yang telah tidak dapat digunakan. Demikianlah cekapnya perkhidmatan kita! Mereka hanya pandai mengenakan bayaran, tetapi gagal memberikan perkhidmatan. Harap-harap kepedihan ini tidak terjadi pada pengguna dan pelanggan lain.
http://www.sinarharian.com.my/com/content/story2661400.asp
huhuhu....patutlah internet kat umah aku lembap nak mampos. baru je register ni. dengan penuh semangat dan sanggup mengorbankan belanja2 lain tak kisah bayar 120 demi kemudahan internet yang laju 1mb la katakan. sejak pasang tak sampai sebulan pon lagi ni. entah camne aku rasa kenapa internet umah aku ni macam slow je, ke memang normal 1mb macam ni. bile cek2 balik memang slow sangat2 dan tak sepatutnya aku bayar 120 untuk servis macam 1kb je, dia punya slow kalau race dengan kura2 pon belum tentu badak biru tu leh menang. .tak berbaloi la dengan ape yang kita bayar dapat servis lembap. dah la buat kontrak(pandai celaka tmnet ni), nak tukar P1WMAX pon dah takleh dah. tertipunya aku. betul lah bagai apa yang dikata sign up now regret later. inilah akibatnya servis internet ni diberi hak monopoly. terus servis macam celaka......nak makan duit orang je.
Fairus letak jawatan ADUN Penanti
Bekas timbalan ketua menteri 1 Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin hari ini mengumumkan keputusannya meletak jawatan ADUN Penanti, berkuatkuasa hari ini.
Katanya, keputusan itu dibuat untuk membolehkan beliau memberi tumpuan penuh terhadap usaha bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat pasca siswazah.
Ia juga, katanya, untuk memberi masa kepadanya untuk bersama-sama dengan keluarga "yang selama ini terpaksa berkorban dalam memenuhi tugasan saya".
"Ruang ini juga akan saya manfaatkan untuk menumpukan usaha bagi membersihkan nama baik saya dari segala tohmahan yang dilemparkan terhadap saya selama ini," tambahnya.
Fairus yang sedang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), berhubung satu projek kuari di Pulau Pinang, meletakkan jawatan timbalan ketua menteri pada 8 April lalu.
Berikutan peletakan jawatannya itu, pilihanraya kecil perlu diadakan bagi kerus tersebut dalam tempoh 60 hari.
DUN Penanti terletak dalam kawasan parlimen Permatang Pauh yang diwakili oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ketika diwawancara dengan akhbar berbahasa Cina - Nanyang - Fairus
memberi masa dua minggu kepada pucuk pimpinan PKR supaya membersihkan namany.
Beliau juga dilaporkan mendakwa segala tohmahan itu difitnah oleh orang dalaman parti itu sendiri.
Mengenai masa depannya, Fairus memberitahu akhbar berkenaan bahawa beliau ada banyak pilihan - keluar parti, letak jawatan, lompat parti atau menjadi ADUN bebas.
Beliau juga menyatakan akan menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang minggu depan.
Manakala timbalan pengerusi PKR negeri, Dr Mansor Othman pula berkata Anwar dijadual pulang ke Permatang Pauh esok.
Difahamkan, beliau mungkin berbincang dengan kepimpin PKR Pulau Pinang berhubung calon yang bakal dipilih bertanding di Penanti.
Dr Mansor disebut-sebut bakal dipilih mewakili Pakatan Rakyat, khususnya PKR bertanding dalam pilihanraya kecil itu.
Apabila ditanya kepadanya, Dr Mansor berulangkali mengatakan beliau akan patuh keputusan parti.
Beliau pernah bertanding di DUN Pulau Betong dalam pilihanraya umum tahun lalu, tetapi tewas.
Sementara itu, Speaker DUN Pulau Pinang, Abdul Halim Hussain mengesahkan telah menerima surat peletakan jawatan Fairus itu.
Dalam satu sidang akhbar yang dilihat secara tergesa-gesa di pejabatnya hari ini, Abdul Halim berkata, beliau menerima surat tersebut awal hari ini.
Katanya, persiapan sedang dibuat untuk menghadapi pilihanraya kecil Penanti.
http://www.malaysiakini.com/news/102483
arghh...mengundi lagi. bila nak abis ni. tapi ok jugak.
Ini berita terbaik untuk Kakak Jual Gulai Itik di Penanti.
Ini berita tersenyum untuk semua kedai bundle di Permatang Pauh.
Ini berita baik untuk restoran Nasi Kandar sebelah Masjid.
Ini berita baik untuk kereta kerajaan Pulau Pinang yang di heret
oleh Fairus ke hulu ke hilir bukan kerana tugas resmi.
Ini berita baik untuk semua kaki rasuah dalam Pakatan.
Oppps...Silap ! Ini berita gerun untuk semua kaki rasuah
dan kaki jual kontrek dalam Pakatan Rakyat.
Ini berita baik untuk semua yang anti rasuah.
paling penting leh test lagi AMENO/Be End khususnya najis. mana tau kena 5-0. harap PR letak calon PAS la senang..tak banyak cerita sgt. insyallah masalah pon tak timbul kemudian nanti..
Wednesday, April 15, 2009
Liverpool Oh Liverpool
sabtu ni jumpa ARSENAL lak.huhuhuh....
Monday, April 13, 2009
Pre Order I'm With Nizar Open!
Here, you can wear something to show your support.
Brand New 100% Cotton T-shirt
(Please expect 100% cotton material to shrink about 3% after first wash)
Sunday, April 12, 2009
Friday, April 10, 2009
Azilah dan Sirul digantung: Persoalan berbangkit ialah...
Harakahdaily Fri | Apr 10, 09 | 10:06:35 am MYT | |
KUALA LUMPUR, 10 April (Hrkh) - Berikut adalah beberapa persoalan yang dibangkitkan oleh Ahli Majlis Tertinggi KeADILan Badrul Hisham dalam blognya mengulas keputusan dua anggota UTK, Azilah dan Sirul yang dihukum gantung sampai mati dalam kes Altantuya Sharibuu iaitu : 1.Azilah dan Sirul tidak pernah kenal Altantuya, apa motif pembunuhan ? Rogol, Rompak..? Mereka ialah anggota UTK yang berdisiplin dilatih mengikut arahan. 2.Mana senjata pembunuhan, dalam kenyataan beramaran yang dibuat Sirul dia mengaku menembak Altantuya tetapi kenapa senjata pembunuhan tidak wujud dalam perbicaraan? 3.Bagaimana rekod kemasukan Altantuya tidak wujud dalam rekod imigresen sebaliknya ada orang dihukum mati dalam negara yang tidak ada rekod Altantuya masuk ? 4.Mengikut penulis dari Perancis dia mengatakan maklumat pembunuhan Altantuya yang dibunuh kerana melindungi transaksi melibatkan wang besar hasil jual beli kapal selam lengkap tersimpan ditangan agen perisikian Russia.... apa sebenarnya berlaku ? 5.Kenapa Azilah dan Sirul diberi keistimewaan tidak memperlihatkan wajahnya sepanjang keluar dan masuk mahkamah ? Dalam pada itu Herman Samsudin menulis di sebuah laman web juga turut mempersoalkan bahawa rakyat diluar khususnya keluarga mangsa pastinya ingin melihat wajah kedua-dua tertuduh itu di mana sebelum ini, hanya wajah tertuduh ketiga yang telah dibebaskan, Abdul Razak Abdullah Baginda sahaja yang dapat dilihat. Katanya sebelum ini kes Mona Fandey yang membunuh seorang exco kerajaan negeri Pahang, Dato' Mazlan pada 1993. Wajah beliau sebagai tertuduh begitu senang diambil oleh wartawan. Begitu juga dengan kes yang melibatkan Dato' Mokhtar Hashim, seorang mantan Menteri Belia dan Sukan Malaysia yang didapati bersalah atas tuduhan membunuh Speaker Dewan Undangan Negeri Sembilan, Mohamad Taha Talib-Kedua-dua mereka adalah pimpinan Umno Negeri Sembilan. Menurut web tersebut masyarakat dunia melihat perbicaraan kes ini menjadi pelik dengan apa yang dilakukan oleh Azilah dan Sirul yang sentiasa bertopeng ketika muncul dikhalayak ramai. "Sehingga ada teori-teori nakal yang mengatakan bahawa hukuman gantung akan diberikan bagi menutup kes ini walaupun Sirul mendakwa ada dalang lain di sebalik kes ini. "Walaubagaimana pun, ketika hukuman mati yang hanya dihadiri orang-orang tertentu, mereka tidak digantung. Yang digantung adalah orang lain yang sememangnya ada kes untuk digantung tetapi tidak sepopular mereka," katanya dalam Buletin Online. Dalam teori rambangnya itu beliau mengatakan bahawa kemudian mereka akan dibebaskan senyap-senyap dan ditukar identiti sebelum dihantar ke luar negara. Kes akan ditutup begitu sahaja dan dalang tidak akan dicari lagi samalah seperti kes Norita yang kini sudah senyap sepi selepas Hanif Basri dibebaskan. "Sesiapa pun boleh reka teori mereka, tapi kita harus yakin dengan undang-undang dan kredibiliti Polis. "Dalam apa jua keadaan rakyat tetap berharap untuk melihat wajah kedua mereka. Sekurang-kurangnya bila lihat wajah mereka cerita plot yang direka-reka ini akan mati begitu sahaja," katanya. - azm _ kahkahkah.....Fakta last sekali paling best wei.korang pernah tgk prison break tak. dalam cerita tu the company leh wat ape sahaja untuk melepaskan penjenayah bagi menutup penyelewengan gov/the company. yang digantung orang lain mat indon kot jadi mangsa. diorang diberi identiti baru. adakah wujud "the company" di Malaysia. takutnye....kahkahkah sumber : Harakahdaily.net |
Hysterics Glamour Jeans For Sale
Thursday, April 9, 2009
Sedih Dalam Gembira!!
pada 7/4/2009 pilihanraya kecil di parlimen Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai telah memberikan keputusan yang amat menggembirakan aku. rasa bersyukur yang teramat sangat..kegembiraan sehingga mahu menitiskan air mata. betapa geramnya aku dengan AMENO/Be End. Alhamdulillah rakyat menghantar mesej yang jelas kepada AMENO/Be End rakyat menolak politik kotor/perkauman mereka. Keputusan pada malam itu juga menunjukkan rakyat tidak dapat menerima AMENO/Be End selepas apa yang diwar2kan oleh AMENO berlaku transformasi(macam AF la auwww.gila geliiii) dalam pucuk pimpinan mereka.
Pada malam itu juga, berlaku kekalahan Kelantan kepada Negeri Sembilan dalam perlawanan suku akhir piala FA. Kekalahan itu masih dapat diterima. Tetapi satu tragedi hitam telah berlaku, penyokong2 kelantan betindak liar dengan merusuh, merosakkan dan membakar trak polis. perkara ini, mungkin memberi tanggapan yang tidak baik kepada rakyat kelantan yang lebih dikenali sebagai negeri serambi mekah. Oleh yang demikian, Tuan Guru Nik Aziz memberi komentar bahawa apa yang berlaku itu memalukan kelantan. Diharap perkara seperti ini tidak berlaku lagi selepas ini. Nuar Muso tolong ambil perhatian.
Semalam pula, 8/4/2009 kekalahan pasukan kegemaran aku liverpool kepada chelsea dalam perlawanan suku akhir champions league. kekalahan yang besar juga. mungkin liverpool tidak berjaya untuk ke separuh akhir pada musim ini. uwaaaaaaaa.....namun masihkah ada harapan.
Secara rumusannya kemenangan PAS dan PKR di Bukit Gantang dan Bukit Selambau mengatasi kesedihan yang telah dialami. jikalau diterjemahkan dalam hukum matematik
Liverpool Kalah+Kelantan Kalah/Merusuh < PAS dan PKR menang = i am still happy
Wednesday, April 8, 2009
Melayu Bijak memilih Pakatan Rakyat.
Jumlah pengundi = 1000 , pecahan bangsa:
997 Melayu
002 Cina
001 India
PRU12 (Mac 2008) = BN menang , butiran keputusan:
494 undi BN
266 undi PAS
003 undi Bebas
228 majoriti
783 keluar mengundi
763 undi dikira
Keahlian parti (pengundi berdaftar yang hadir mengundi):
103 Ahli PAS
342 Ahli UMNO
Pengundi berdaftar yang ada kaitan dengan ahli PAS/UMNO tetapi tak daftar ahli parti:
052 Isteri/anak/menantu ahli PAS
088 Isteri/anak/menantu ahli UMNO
UMNO-BN menang di peti undi ini. 494 undi BN berbanding 266 undi PAS. 65% undi milik BN berbanding 35% PAS. 3 undi calon bebas tu tak payah kira laa. Mengikut hukum pilihanraya BN dikira menang besar kat sini.
Undi UMNO:
342 ahli UMNO
088 isteri/anak/menantu kepada ahli UMNO
Jumlah : 430
Siasatan mendapati semua 430 pengundi dari keluarga UMNO ini memang mengundi calon BN. Oleh kerana jumlah undi BN ialah 494, maknanya UMNO dapat tambahan 64 undi daripada pengundi atas pagar atau penyokong senyap yang bukan ahli mana-mana parti.Undi PAS:
103 Ahli PAS
052 isteri/anak/menantu kepada ahli PAS
Jumlah : 155
Oleh kerana jumlah undi PAS ialah 266, bermakna PAS dapat tambahan 111 undi daripada pengundi atas pagar atau penyokong senyap yang bukan ahli mana-mana parti.
64 pengundi atas pagar sokong BN. 111 menyokong PAS. Jumlah pengundi atas pagar ialah 175 atau 23% daripada jumlah undi yang dikira.
430 pengundi BN dari 108 keluarga
155 pengundi PAS dari 41 keluarga
175 pengundi atas pagar dari 44 keluarga
Jumlah = 324 keluarga.
Keluarga UMNO:
02 ketua keluarga (02%) - ijazah dalam negara
11 ketua keluarga (10%) - STPM/Diploma
08 ketua keluarga (07%) - SPM
19 ketua keluarga (18%) - SRP/LCE
62 ketua keluarga (57%) - sekolah rendah dan sekolah atap
06 ketua keluarga (06%) - tidak pernah bersekolah
Keluarga PAS:
16 ketua keluarga (40%) - ijazah dalam dan luar negara
13 ketua keluarga (31%) - STPM/Diploma
09 ketua keluarga (22%) - SPM
02 ketua keluarga (05%) - SRP/LCE
01 ketua keluarga (02%) - sekolah atap.
Keluarga atas pagar:
05 ketua keluarga (11%) - ijazah
15 ketua keluarga (34%) - STPM/Diploma
17 ketua keluarga (39%) - SPM
07 ketua keluarga (16%) - SRP/LCE
Masyaallah! Petunjuk yang jelas!
81% undi UMNO datang daripada keluarga yang ketuanya tak lulus SPM pun.
Hanya 19% undi UMNO datang daripada keluarga yang ketuanya lulus SPM ke atas.
Hanya 2% ketua keluarga pengundi UMNO mendapat pendidikan di universiti.
93% undi PAS datang daripada keluarga yang ketuanya lulus SPM dan lebih tinggi.
Hanya 7% undi PAS datang daripada keluarga yang ketuanya tak lulus SPM.
40% undi PAS datang daripada keluarga yang ketuanya mendapat pendidikan di universiti.Kita mudahkan lagi:
Universiti : UMNO 2% - PAS 40%
STPM/Diploma : UMNO 10% - PAS 31%
SPM : UMNO 7% - PAS 22%
SRP/LCE : UMNO 18% - PAS 5%
Sekolah rendah / sekolah atap : UMNO 57% - PAS 2%
Tak pernah bersekolah : UMNO 6% - PAS tiada
Kesimpulannya, kita berhadapan dengan masalah kualiti daya intelek pengundi Melayu. Orang Melayu yang sukar memahami isu di persekitaran kita ialah golongan yang rendah tahap pendidikan. Majoriti Melayu berpendidikan sederhana dan tinggi telah pun menyertai pendirian politik Pakatan Rakyat.
Oleh itu, pendekatan yang sesuai dengan rendah upaya fikir majoriti Melayu UMNO itu mesti dikaji. Di samping itu, PAS dan PKR perlu memangkin pembudayaan intelek dalam masyarakat kampung Melayu. Kalau pengundi Melayu rajin membaca dan berilmu, mereka pasti meninggalkan UMNO kecuali segelintir yang selesa mengambil kesempatan daripada kebodohan bangsa sendiri.
CREDIT TO briged-akhdor.blogspot.com
Malaysia By-Elections Summary/ Results
1 Permatang Pauh (Aug. 08)-Parliament 47,410 Votes
PR- 31,195 (65.7%)
BN- 15,524 (32.7%)
15,671 Majority Pakatan Rakyat
2 Kuala Terengganu (Jan. 09)-Parliament 63,993 Votes
PR-32,883 (51.3%)
BN-30,252 (47.2%)
2,631 Majority Pakatan Rakyat
3 Bukit Gantang (Apr. 09)-Parliament 41,626 Votes
PR- 21,860 (52.5%)
BN- 19,071 (45.8%)
2,789 Majority for Pakatan Rakyat
4 Batang Ai (Apr. 09)-State Assembly 6,019 Votes
BN-3,907 (64.9%)
PR-2,053 (34.1%)
1,854 Majority for Barisan Nasional
5 Bukit Selambau (Apr. 09)-State Assembly 24,602 Votes
PR- 12,632 (51.3%)
BN- 10,229 (41.6%)
2,403 Majority for Pakatan Rakyat
(PAKATAN RAKYAT) 4 Vs (BARISAN NASIONAL) 1
Excluding spoilt votes and votes for independents here’s the summary by popular trend:
Post- Perak constitutional crisis (Three By-Election in April 2009)A total of 72,247 votes cast.36,545 or 50.6% for Pakatan Rakyat (Opposition)
33,207or 45.9% for Barisan Nasional (Ruling Coalition)
______________________________________________________
Post-12th General Election (All five by-elections since March 2008)A total of 183,650 votes cast.100,623 or 54.8% for Pakatan Rakyat (Opposition)
78,983 or 43.0% for Barisan Nasional (Ruling Coalition)
_______________________________________________________
Statistically, the popular trend indicates a rising atmosphere of political change in Malaysia since March 2008 up till April 2009