Oleh JUNHAIRI ALYASAjunhairi.alyasa@kosmo.com.my
KUALA LUMPUR - Bermula 1 Ogos ini, peminat saluran sukan di stesen televisyen satelit berbayar, Astro akan terpaksa membayar lebih.
Kenaikan bayaran sebanyak RM12 itu ekoran peningkatan kos bagi hak penyiaran Liga Perdana England (EPL) baru-baru ini, kata Ketua Saluran Sukan Astro, Lee Choong Khay.
Bagaimanapun, menurutnya, peningkatan tersebut masih rendah berbanding stesen televisyen berbayar di negara lain seperti di United Kingdom yang meningkat sehingga 532 peratus, Hong Kong (501 peratus), Thailand (297 peratus), Singapura (282 peratus) dan Australia (172 peratus). Kenaikan di Malaysia cuma 100 peratus.
Di Asia Barat pula berlaku peningkatan sebanyak 250 peratus menyebabkan penyiar di negara itu terpaksa membayar sebanyak RM1.170 bilion dan Hong Kong pula meningkat daripada RM354 juta kepada RM709 juta dalam tempoh tiga tahun.
Choong Khay berkata, kenaikan tersebut antara lain berpunca daripada peningkatan kos operasi kelab-kelab bola sepak yang bermain dalam liga tersebut.
"Kelab-kelab dalam EPL terpaksa membayar gaji pemain dan menguruskan kelab mereka, malah kenaikan dalam bidaan hak penyiaran meningkat sebanyak 67 peratus menyebabkan syarikat yang memegang hak penyiaran di England, Stanta, terpaksa menghentikan operasi kerana kenaikan kos ini pada Jun 2009," katanya ketika dihubungi di sini semalam.
----------------------------------------------------------------------------------
berita ni memang buat kita panas. kos hidup makin meningkat astro pulak main pakej putar belit pengguna. kita sudah maklum tahun lepas astro telah menambah caj nya RM10 untuk semua pakej. bulan 3 atau 4 tahun ini ditambah pulak dengan penipuan astro mengenai channel astro kirana. astro kirana ditarik dan ditukarkan pada astro citra yang dimasukkan didalam pakej putar belit dan menipu "astro mustika" yang dikenakan caj RM12.00 untuk melanggan pakej ini. di dalam kontrak kita dengan astro dah termasuk dengan astro kirana. tapi channel astro kirana pulak dibuang. bermula 1 ogos ni pulak. kena tambah lagi RM12.00 sebab epl alasannya...kalau servis astro meningkat takpe la jugak. ni asal hujan je keluar ayat "service currently not available". yang ni sapa nak jawab. caj astro bertambah servis tetap bangang! inilah jadinya kalau monopoly. astro memang kapitalis besar...camne kita nak buat ni?

No comments:
Post a Comment