Sunday, July 12, 2009

100 hari Najib - 1Malaysia Kena Tipu


Sempena 100 hari pertama menerajui negara sebagai Perdana Menteri yang keenam, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak mengumumkan pemberian diskaun 20 peratus kepada pengguna lebuh raya khususnya mereka yang menggunakan 80 kali ataupun lebih dalam sebulan.

Kata beliau, insentif itu merupakan langkah awal dalam usaha kerajaan untuk mengkaji balik bayaran tol.

Aspek itu sedang dikaji secara menyeluruh.

Ketika mengumumkan perkara itu, Najib berkata, "saya mahu mengumumkan beberapa langkah pada hari ini (sempena 100 hari pertama selaku Perdana Menteri) dengan mengumumkan perkara berkait rapat dengan rakyat."

Ia antara 11 pengumuman penting - yang mengambil kira kepentingan dan kebajikan rakyat pelbagai lapisan - dibuat oleh Perdana Menteri di ibu negara pagi tadi pada majlis "100 hari Najib Bersama Rakyat".

Kata beliau, kerajaan menyedari bayaran tol ke atas pengguna laluan bertol boleh membebankan dalam keadaan ekonomi masa kini.

"Terutama pengguna kerap yang berpendapatan rendah, kerajaan prihatin tentang hal ini.

"Untuk itu, bagi meringankan beban pengguna lebuh raya yang menggunakan kad prabayar yang membayar tol 80 kali atau lebih sebulan, mereka akan layak menerima diskaun sebanyak 20 peratus," kata beliau.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, pemberian diskaun ini adalah selaras sebagai langkah sementara dan akan bermula pada 1 September ini.

Pengguna yang layak boleh menuntut diskaun semasa membuat tambah nilai.

Dalam tempoh enam bulan selepas itu, kemudahan ini boleh didapati di mesin-mesin ATM dan stesen minyak utama atau ejen yang dilantik di Semenanjung.


----------------------------


kalau pergi keje gi balik 5hari seminggu tak dapat 80 kali sebulan. buat hadiah nak tolong rakyat ka nak tolong syarikat konsesi. ke ni promosi berniaga. gila ke ape najib ni?

5hari kerjax4minggu=20hari

20harix2kali masuk tol(gi balik keje)=40 kali je

sampai bile la rakyat tak dapat diskaun tu. lagi satu untuk orang guna TnG ngan smart tag je dapat diskaun. kalau cam aku ni bayar cash. lalu 600 kali pon tak dapat.

sama la cam rebat 5% highway plus. tapi kena jalan 12am-7am...apa kejadah orang jalan malam2.

ko ingat ni plan executive celcom ke najib wei. lagi banyak guna baru dapat diskaun. siapa yang untung ni? orang2 bodoh je yang nak caye cakap najib ni.

NAJIB TIPU 1MALAYSIA

1 comment:

  1. haha standard la tu bro...
    ni suma biznes punya strategi..haha

    ReplyDelete

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin