Thursday, May 7, 2009

Sidang diceroboh masuk puluhan orang yang tidak dikenali.

YB Siva diseret...tak patut sungguh kelakuan seperti ini!

ADUN OKU dari Aulong duduk di meja Speaker bagi menghalang Ganesan duduk di situ

Inilah deretan pendatang yang haram yang merampas kuasa Speaker

Siapakah mereka yang misteri ini?

Siapakah mereka ini?

Suasana tegang di kerusi Speaker

Saya tidak dapat mengagak siapakah orangnya yang telah menceroboh masuk tanpa kebenaran bagi menjayakan usaha rampasan kuasa yang dilakukan BN pada hari ini, demikianlah malangnya sejarah yang dialami oleh rakyat Perak pada hari ini.

Ganesan apabila berada dikerusi Speaker sebentar tadi menggunakan kuasa haramnya untuk mengarahkan ADUN Teja dan Simpang Pulai untuk keluar dari dewan.

Anehnya Bentara dewan yang tidak mengikut arahan Speaker Sivakumar sejak pagi tadi cuba menjalankan tugasnya mengarahkan kedua ADUN PR itu keluar.

Namun arahan itu tidak di patuhi oleh 2 ADUN berkenaan.




mengetap gigi aku tgk bila speaker perak yang sah ditarik sedimikan rupa. geram yang teramat sgt. lihatlah betapa angkuhnya mereka (AMENO/Be End) sanggup melakukan apa sahaja asalkan mereka berkuasa. kalau macam ni lah kesudahannya. lagi cepat lah AMENO dan Be End terkubur. the world is watching...

1 comment:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin