Wednesday, May 13, 2009

Berita Buruk Pada Pengguna TMnut Screamyx

Bermula dari bulan MEI 2009, TMnet Streamyx telah menyempitkan jalur lebarnya. Semua nombor IP terlibat. Hanya nombor IP yang bermula dengan 60.48.XXX.XXX sahaja yang berkelajuan seperti biasa.Jika anda menggunakan router bagi mendail nombor ini, anda memerlukan paling kurang 10 minit (itu pun jika anda bernasib baik).Mengikut sumber-sumber yang boleh dipercayai, TMnet Streamyx melakukan ini semua bagi menghadkan penggunaan Internet di kalangan orang biasa agar mereka kembali kepada media lama iaitulah TV dan radio (yang semua orang tahu ia dipantau oleh kerajaan).
Media baru seperti SMS, MMS dan Internet dilaporkan telah menggugat keuntungan syarikat siaran televisyen besar seperti Media Prima dan juga menggugat politik Barisan Nasional. Mereka semakin kehilangan penonton dan juga para pengiklan yang menjadi tunjang syarikat mereka. Kerajaan Barisan Nasional pula semakin kehilangan para penyokong.Barisan Nasional Tak Cukup TV , Nak Berblog PulaLantaran dari itu, janganlah anda hairan mengapa talian 1-300 TMnet Streamyx sering sibuk. Mereka dihujani dengan aduan sama dan tiada apa yang boleh pekerja mereka lakukan.Mereka hanya menjalankan tugas. Mereka ibarat polis yang menerima arahan daripada Perdana Menteri.
TMnet juga terpaksa menggaji pekerja yang bodoh dan jujur bagi menjayakan projek kotor kerajaan ini. Ini juga, telah mengakibatkan bilangan pekerja mereka menjadi sedikit sehingga membuatkan anda terpaksa menunggu lama, menanti skrip klasik yang tersusun dari kakitangan TMnet ini.Ramai kakitangan yang berpengalaman di TMnet telah berhenti dan ada yang bekerja dengan syarikat jalur lebar yang lain, di dalam dan di luar negara.Johan Jaafar selaku orang nombor satu Media Prima yang baru, jelas sekali kekurangan idea bagaimana untuk memenangi hati penonton dan pengiklan serta mengelak bersekongkol dengan kerajaan Barisan Nasional.
Sekatan sistematik yang tersembunyi ke atas Internet kita ini, bukan sahaja menyusahkan para penulis blog, tetapi juga syarikat kecil dan besar yang berasaskan Internet. Jika syarikat anda selalu menggunakan Internet bagi tujuan emel atau pun sebagai alat komunikasi (Skype, MSN, YM dan lain-lain) syarikat anda juga akan turut berada di dalam masalah yang sama.Harap maklum.Sebarkan pada rakan-rakan anda yang masih kebingungan akan masalah sebenar kelajuan TMnet Streamyx.wallahulam sekiranya ada yg tak bersetuju cuba kaji tengok byk kes kelembapan dan gangguan sambungan telah berlaku sy sendiri 2 x dah buat aduan sebab talian lost connection mau tunggu 2 -3 hari baru blh seetle..byr mcm biasa gak..sy percy ramai lg yg alami kesulitan ..

Credit to http://briged-akhdor.blogspot.com/

3 comments:

  1. nnati aku akan kuarkan artikel 10 negara yang tak mesra bloggers ..mungkin malaysia akan jd camtu

    ReplyDelete
  2. ok2 bro...dedah jangan tak dedah!!..aku nak copy je hebahan ni. ehehehe

    ReplyDelete

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin