Sunday, January 31, 2010

Old Skool Quiksilver Boardshort

Front

Back

Size 38
Made in USA
100% Polyester
Condition 9/10
Price: RM60

Sesame Street "Rolling With My Homies"


Size XL
Tag Gildan
Condition 9/10
Price: RM60

Skateboader Magazine Tshirt



Tag Triple A
Size L
Condition 7/10
Price: RM30

Relient K Band Tshirt x Reebok


Tag Triple A
Size L
Condition 9/10
Price : RM40

Old Skol Frankenstien Tshirt

Tag TNT
Size XL
Condition 9/10
Kain 50/50
Price: RM60

Punisher Tshirt


Tag Delta Pro Weight
Size L
Condition 9/10
Price : RM40
-SOLD-

Jean Michel Basquiat Polo Shirt

Size M
Condition 9/10
Price: RM50

Lacoste Polo Tshirt



Size M
Condition 9/10
Price : RM40

M&M Chocolate Spoof Star Wars Tshirt



Tag Hanes
Size L
Condition 9/10
Price : RM50

Linkin Park Band Tshirt



Tag M&O Knits
Size XL
Condition 9/10
Price : RM40

Hurley Tshirt


Size L
Condition 9/10
Price : RM30

Jean Michel Basquiat Tshirt




Size XL
Condition 9/10
Price : RM 40

Pulp Band Tshirt



Tag Delta Pro Weight
Size S
Condition 7/10
Price : RM70

Silverchair Band Tshirt

Front

Back

Baju koleksi peribadi....beli masa tahun 2000
da 10 tahun simpan..now nak let go
Tag Missing
Size XL
Condition 7/10
Price : RM90

Wednesday, January 13, 2010

Surat Untuk Isteri Tersayang Due to World Cup...




Untuk isteri / awek/ kekasih tersayang*,


Dimana saja berada

Ayang /Anja / Honey /Darling / Dinda / Intan payung / gunung berapi etc *

1. Seperti yang sedia maklum , abang setiap bulan terpaksa menghadapi perangai ayang yang berubah mengikut pasang surut bulan setiap bulan tanpa gagal. Abang selalu menjaga hati ayang tanpa gagal ketika kedatangan period ayang tanpa soal. Abang jaga ayang bagaikan menatang minyak yang penuh. Amat besarnya pengorbanan yang abang lakukan selama ini untuk menjaga kerukunan perhubungan kita yang telah bertapak sejak lama? Kini relakah ayang melakukan pengorbanan yang agak kecil terhadap abang?

2. Dr. Joseph Blatter dari Klinik FIFA telah mengesahkan yang abang akan mengalami period abang yang hanya berlaku 4 tahun sekali ini dari 11hb Jun 2010 hingga 11 Julai 2010. Kesan period ini mungkin akan berlanjutan sehingga seminggu selepas tarikh tersebut. Abang akan menghadapi masalah untuk tidur malam dan mungkin berjaga hingga ke awal pagi Untuk mengurangkan tekanan dan mood abang dalam tempoh tersebut, preskripsi dan cadangan di bawah ini telah disarankan :-

3. Dalam tempoh tersebut ayang dikehendaki sentiasa membaca berita sukan pada akhbar harian yang menfokus tentang Piala Dunia 2010 di South Africa. Jika ayang gagal melakukan perkara ini, ayang mungkin rasa terabai jika tidak dapat berkomunikasi dengan baik dengan abang pada masa tersebut. Oleh itu ayang janganlah komplen jika rasa diri diabaikan dalam masa period ini.

4. Dalam tempoh period abang ini adalah dimaklumkan bahawa ayang akan diberi kebebasan untuk menonton rancangan tv kegemaran ayang dari bermula dari 6 pagi hingga ke 9 malam. Manakala dari 9 malam ke 6 pagi, abang yang akan memegang remote control dan hak memilih chanel yang digemari. Ayang dilarang sama sekali menjerling ke arah remote control pada masa tersebut.

5. Jika ayang terpaksa melintasi di hadapan tv di waktu tersebut, ayang hendaklah tunggu sehingga masa rehat atau commercial break ataupun merangkak perlahan-lahan agar tidak menganggu konsentrasi abang.

6. Semasa perlawanan langsung disiarkan, abang seakan buta, pekak dan juga bisu kecuali bila abang memerlukan pertolongan ayang untuk membuat air atau mengambil makanan ringan. Kasih sayang abang akan bertambah kepada ayang jika ayang sentiasa memastikan makanan ringan sentiasa tersedia untuk abang semasa perlawanan berlangsung.

7. Ayang adalah dialu-alukan untuk duduk dan menikmati perlawanan bersama abang tetapi ayang hanya boleh bercakap semasa half time atau commercial break. Ayang dilarang sama sekali menggoda abang pada masa ini terutama jika pasukan yang abang sokong sedang ketinggalan atau berada diambang kekalahan.

8. Replay untuk setiap gol yang dijaringkan adalah amat penting. Berapa kali replay disiarkan abang tetap mau melihatnya. Ayang tak perlu merungut mengata bahwa gol tu dah tengok kenapa nak tengok lagi?

9. Ayang perlu memberitau saudara mara atau rakan karib bahwa jemputan ke jamuan atau kenduri yang diadakan selepas 9 malam ke atas yang memerlukan kehadiran abang tidak dapat dipenuhi kerana abang tak nak pergi.

10. Jika kawan abang menjemput kita ke rumah mereka untuk menyaksikan perlawanan langsung bersama-sama, maka ayang perlu bersiap sedia dengan kadar segera?

11. Selepas period abang ini abih..ayang dilarang merungut :
siib baik world cup 4 tahun sekali jer? kerana abang telah immune dengan rungutan tersebut dan juga selepas period ini akan ada pula English League, Italian League, UEFA League, Piala Malaysia dan lain-lain.

12. Atas kerjasama dan timbang rasa ayang ini, jika pasukan yang abang sokong menang piala dunia atau player yang abang sokong menang kasut atau bola emas..pandai-pandai la ayang bodek abang untuk dapatkan hadiah?. Jika sebaliknya? hendaklah ayang turut berduka?.

13. Akhirkata. Majulah sukan untuk negara!.


Abang yang sentiasa menyayangimu walaupun period ayang datang setiap bulan.


Suami / bf / kekasih yang tersayang *

* potong mana yang tidak berkenaan.

Thursday, January 7, 2010

Hebahan : Dua Tok Guru Hadir Ke Taklimat Penerangan 9 Jan 2010

Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 7 Jan: Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah mengesahkan akan hadir ke Taklimat Penerangan Isu-Isu Semasa pada 9 Januari 2010 anjuran Lajnah Penerangan dan Dakwah PAS Pusat.

Program yang berlangsung di Auditorium Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) ini akan dirasmikan oleh Presiden.

Program akan bermula dari jam 8 pagi dan akan ditutup oleh Mursyidul Am jam 5.30 petang.

Program ini diadakan khusus untuk membentangkan isu-isu nasional serta isu-isu yang berlaku di negeri-negeri Pakatan Rakyat.

Dalam program ini juga segala pengkhianatan Umno dan Barisan Nasional terhadap rakyat akan dibongkar dan didedahkan kepada seluruh jentera penerangan yang hadir.

Taklimat ini dijangka akan melibatkan kehadiran Ahli Majlis Syura Ulama, Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama’ Pas Pusat, Ahli Jawatankuasa Dewan Pemuda Pas Pusat Ahli Jawatankuasa Dewan Muslimat Pas Pusat, Dewan Harian Badan Perhubungan Negeri-Negeri, Setiausaha Lajnah Penerangan Badan Perhubungan Negeri-Negeri/WP, Ketua Penerangan Dewan Ulama’/Pemuda/Muslimat Negeri-Negeri, Setiausaha Penerangan Dewan Ulama’/Pemuda/Muslimat Negeri, Ahli Jawatankuasa Lajnah Penerangan Dan Dakwah Pas Pusat, Ahli Parlimen, Ahli Dewan Negara, Adun-Adun dan Ketua serta setiausaha Penerangan Kawasan.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan mengenai program ini bolehlah menghubungi Pegawai Tadbir Penerangan, Shahir di talian 019-2153225.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin