Fakta Ringkas Kejadian
1. ADUN yang melompat keluar dari Pakatan Rakyat adalah ADUN Behrang, Jamaludin Abu Bakar (PKR), ADUN Changkat Jering, Mohd Osman Jailu dan ADUN Jelapang, Hee Hip Hong (DAP). Manakala ADUN Bota, Datuk Nasarudin Hashim yang menyertai PKR pada 25hb Januari lalu menyertai semula BN.
2. TPM Datuk Seri Najib Tun Razak telah membuat kenyataan media dengan kehadiran ke empat ADUN di atas dan mendakwa Barisan Nasional telah mengambil alih pentadbiran Kerajaan Negeri Perak dengan majoriti baru yang mereka perolehi dengan penyertaan 4 ADUN berkenaan.
3. Ketiga ADUN yang melompat keluar dari Pakatan Rakyat menyatakan mereka parti bebas yang memberi sokongan bagi Barisan Nasional. Kecuali ADUN Nasarudin yang menyertai semula BN.
4. Kedudukan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) adalah 28 PR, 3 Bebas, 28 BN
5. Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin telah bertindak mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) dan telah ke Istana Kinta bagi mendapat perkenan Sultan Perak Sultan Azlan Shah.
6. Paduka Baginda Sultan Perak Sultan Azlan Shah menyatakan akan membuat keputusan keesokan hari. Menariknya, Sultan Azlan Shah berpesan kepada MB Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin dengan peringatan ayat Quran 'Innallahama' assobiriin' yang bermaksud 'Sesungguhnya Allah bersama dengan orang-orang yang sabar'
Fakta Yang Perlu Di Fahami
1. Press Statement atau Kenyataan Media DS Najib tidak sesekali menyebabkan berlakunya pertukaran kuasa Kerajaan Negeri dari Pakatan Rakyat kepada Barisan Nasional.
2. Pakatan Rakyat sehingga di putuskan oleh Sultan Perak Sultan Azlan Shah adalah masih lagi sebuah kerajaan negeri yang sah dan perlu menjalankan aktiviti Kerajaan Negeri seperti biasa.
3. Sehingga di putuskan oleh Sultan Perak Sultan Azlan Shah, samada menerima permohonan bagi pembubaran Dewan Undangan Negeri bagi diadakan pilihanraya DUN semula atau,.
4. Seandainya BN dibenar menubuhkan kerajaan negeri maka, ia perlulah dilakukan melalui usul undi tidak percaya semasa persidangan Dewan Undangan Negeri. (dan perlu difahami disini persidangan DUN akan datang yang terdekat adalah dalam bulan April 2009)
5. BN hanya sah menubuhkan kerajaan negeri bila saranan lantikan Menteri Besar dan Ahli Majlis Kerajaan Negeri dari kalangan mereka di terima oleh Sultan Azlan Shah dan watikah lantikan Menteri Besar berjaya di laksanakan.
Sehingga perkara di atas berlaku, Kerajaan Pakatan Rakyat yang ada sekarang masih sebuah Kerajaan Negeri yang sah dan akan menjalankan urusan pentadbiran negeri seperti biasa.
Sekian, Untuk makluman dan hebahan.
No comments:
Post a Comment