Friday, August 21, 2009
Syukur dan Selamat Menyambut Bulan Ramadan Al-Mubarak
Sunday, August 16, 2009
MENGINGATI SEJARAH - 15 - 16 -17 – 18 OGOS - 40 TAHUN DAHULU
Festival musik tiga hari tiga malam – UNTUK MUSIK DAN KEDAMAIAN - berlaku 40 tahun dahulu di Amerika Syarikat
Inilah permulaan festival musik yang mengubah dunia. Dan mengubah dunia rock n roll.
Di sebuah ladang perkampongan 600 ekar yang dimiliki oleh Max Yagur telah menjadi tumpuan beratus ribu anak anak muda dari seluruh dunia untuk datang berpesta dengan musik dan menentang perang Vietnam.
Kota kecil Woodstock 43 batu dari New York tecatat dalam sejarah sebagai tnda kebangkitan anak muda berjuang dengan musik untuk mengubah dunia dan membawa perdamaian.
Dari London, Paris, Tokyo, New York, Berlin – anak muda telah bangun berjuang meninggalkan kampus turun ke jalan raya. Anak muda turun ke jalan raya untuk menentang perang dan kezaliman.
Ramai dari pemusik yang mengambil bahagian dalam pesta ini telah menjadi arwah. Tetapi musik dan pengaruh mereka terus mengubah dunia.
Inilah nama-nama mereka yang sampai ke hari akan tercatat dalam sejarah perjungan anak muda:
HARI PERTAMA JUMAAT 15 OGOS
Swami Satchidananda – pembuka tirai - Richie Havens – Sweetwater -
The Incredible String Band -Bert Sommer -Tim Hardin -Ravi Shankar
Melanie - Arlo Guthrie -Joan Baez
HARI KEDUA SABTU 16 OGOS
Quill - Keef Hartley Band -Country Joe McDonald -John Sebastian
Santana - Canned Heat – Mountain - Grateful Dead -Creedence Clearwater Revival
Janis Joplin with The Kozmic Blues Band -Sly & the Family Stone
The Who - Jefferson Airplane
HARI TERAKHIR AHAD 17 HINGGA SENIN 18 OGOS
The Grease Band - Joe Cocker - Country Joe and the Fish
Ten Years After - The Band - Blood, Sweat & Tears
Johnny Winter dan Edgar Winter
Crosby, Stills, Nash & Young
Neil Young - Paul Butterfield Blues Band - Sha-Na-Na
dan Jimi Hendrix
Tuesday, August 11, 2009
Hebahan : Sistem Jalan Sehala untuk Penyelam2 Bundle di Sekitar Kota Bharu Bandaraya Islam, Kelantan
Friday, August 7, 2009
Liverpool : Summer Transfer Window
Thursday, August 6, 2009
Hebahan : Jom Mengundi di KDN!
sesiapa yang rasa nak mengundi tu. silalah pergi ke pusat mengundi di http://www.ikdn.org/ sebelum diorang tutup. pilihan di tangan anda!
Wednesday, August 5, 2009
Muse's new album 'The Resistance' gets release date
Tuesday, August 4, 2009
GADOH The Movie 2009
Gadoh tells a story of a group of teenagers who fought each other along racial lines; a cycle of hatred and violence further escalated by their environment and school system.
What was to be a quick resolution to improve the school’s bad image, was taken as an opportunity for one teacher who believed that real change was possible. She ropes in the help of an old friend and reluctant maverick theater activist for this arduous task.
Is there hope amidst the cycle of discrimination that surrounds us?
Watch Gadoh for their story, and what it may very well tell us about ourselves.
AKU SENDIRI REVIEW. HEHE
Aku baru layan filem ni tadi..memang best cite ni. satu filem yang jujur. lakonan pon real life, bahasa2 yang digunakan takde cover2 dah. senang cakap cerita ini sebuah filem indie la. mcm DIY. ala macam indie rock tula "saya sayang mak saya". HAHAHAHA. Ianya tak dapat ditayangkan di pawagam atas sebab2 tertentu... filem ni memang sinikal, kritis dan mendalam untuk dihayati. yang aku faham sikit-sikit apa yang cuba disampaikan oleh pengarah tentang isu perpaduan kaum, sistem pendidikan kita yang gagal. sistem politik kita juga gagal. menyebabkan kita terus hidup sebegini. 10 tahun sebelum merdeka. kalau pejuang kemerdekaan berhaluan kiri yang berjaya menuntut kemerdekaan. mungkin kita tidak jadi macam filem ini. part yang paling best, reaksi menteri yang tidak boleh menerima kenyataan apabila isu terkena batang hidung sendiri. endingnya tergantung tapi aku tau apa akibatnya. pasti pengetua kena tukar ke sekolah pedalaman. realitinya memang begitu.
UMNO Sendiri Lahir Dari Demonstrasi/Perhimpunan Haram
Saturday, August 1, 2009
Lagi Tunjuk Rasa Anti-ISA
dari lensa semut
Siri demonstrasi ditamatkan dengan sesi mengeteh di port biasa, Pelita KLCC bersama-sama kutu Lipis yang dah siap siap nak pergi tengok konsert Amy Search malam ni. Gua tak pergi. Kepala dah berdengung. Esok pagi pagi kutu Tapah datang Bukit Cherakah ada 'game' paintball pulak. Arghh.
***************************
Laporan tergempar: Himpunan ratusan ribu Pro ISA yang menewaskan kumpulan Anti ISA.
Himpunan berjaya, GMI akan hantar Memo 10 Deklarasi ISA kepada Agong secepat mungkin
20,000 sertai demo anti-ISA | ||
|
Laporan: Andrew Ong, Jimadie Shah Othman, Rahmah Ghazali, Abdul Rahim Rahim, Wong Teck Chi, Lee Way Loon, P Tarani, K Pragalath, Emily Chow Kira-kira 20,000 orang membanjiri ibu negara hari ini untuk menyertai perhimpunan anti-ISA anjuran Gerakan Mansuhkan ISA (GMI). Mereka berdepan dengan anggota polis yang melepaskan tembakan gas pemedih mata serta tembakan meriam air di lokasi perhimpunan mereka di kompleks membeli belah SOGO, sekitar Masjid Jamek, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Raja Laut, Dataran Merdeka, di Masjid Negara serta di ibupejabat PAS di Jalan Raja Laut. Mereka mula berkumpul jam 2 petang di tempat-tempat berkenaan dan anggota polis, termasuk Unit Simpanan Persekutuan (FRU) yang bertindak meleraikan orang ramai, termasuk menangkap, melepaskan tembakan gas pemedih mata dan meriam air. Polis bertindak menutup semua jalan menuju ke pusat bandar dan ke Istana Negar sejak awal pagi lagi. Perhimpunan itu berakhir pada jam 3.45 petang selepas pemimpin Pakatan Rakyat meminta mereka bersurai selepas berucap di ibupejabat PAS di Jalan Raja Laut. Dipercayai hampir 200 orang ditahan. Dalam sidang petang tadi, pengerusi GMI, Syed Ibrahim Syed Noh mendakwa 100,000 orang menghadiri perhimpunan hari di beberapa tempat di tengah-tengah ibunegara. Manaka Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasrudin Hassan pula menganggarkan kira-kira 80,000 menyertai perhimpunan hari ini. Bagaimanapun, para saksi pula menganggarkan lebih kurang 20,000 menyertainya. Berikut adalah rentetan peristiwa perkembangan hari ini. 4.50pm Pasukan polis berkenaan beredar dari situ. 4.45pm Kira-kira 20 anggota polis berada di depan ibupejabat PAS di Jalan Laut. Bagaimanapun mereka tidak dapat masuk kerana pihak PAS enggan membuka pintu. Kelihatan tiga trak FRU dekat situ. 4.20pm: Media melaporkan antara 10,000 hingga 15,000 penentang ISA berkumpul semula sekitar kompleks membeli-belah Sogo - mereka kemudian ditembak gas pemedih mata dan meriam air. 4.02pm Polis melepaskan dua tembakan gas pemedih mata dan tembakan meriam air ke arah penyokong anti-ISA di hadapan ibupejabat PAS di Jalan Raja Laut ketika mereka sedang bersurai. 3.38pm Timbalan Pengerusi 11 Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris), Rahimuddin Md Harun dihalang di depan Public Bank Jalan Tun Sambathan pada jam 2.45 petang tadi daripada ke Istana Negara untuk serah memorandum. Semua pemimpin kanan Pakatan Rakyat berada di dalam bangunan ibu pejabat PAS sekarang - dijangka akan mengadakan sidang media. 3.38pm Timbalan Pengerusi II Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris), Rahimuddin Md Harun dihalang di depan Public Bank di Jalan Tun Sambathan pada jam 2.45 petang tadi daripada meneruskan perjalanan ke Istana Negara untuk menyerahkan memorandum. 3.35pm Kira-kira 5,000 berhimpun di depan ibupejabat PAS di Jalan Raja Laut. Mereka duduk di atas jalan, dipercayai untuk menghalang kenderaan polis ke situ. Mereka turut melaungkan 'Mansuhkan ISA'. 3.30pm Ratusan orang kelihatan bergerak menuju ke arah bangunan ibupejabat PAS. Datuk Seri Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang ikut sama. 3.25pm Tinggal 100 orang kelihatan berlegar di kawasan masjid negara. Juga kelihatan beberapa anggota polis sahaja di situ. Sebelum ini polis melepaskan tembakan meriam air. 3.20pm Sebelum itu, stesen LRT Bandaraya dekat Sogo telah ditutup. Turut ditutup ialah stesen LRT Masjid Jamek dan Pasar Seni. 3.05pm Polis menembak gas pemedih mata lagi ke arah sekumpulan orang yang berhimpun semula berdekatan Sogo. 2.53pm Pemimpin-pemimpin utama Pakatan Rakyat dan Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) akan berkumpul di Masjid Negara dahulu sebelum bergerak ke Istana Negara untuk menyerahkan "deklarasi rakyat". 2.42pmKumpulan dari arah Sogo yang bergerak di sepanjang Jalan Raja Laut ditembak gas pemedih mata. 2.41pm Polis melepaskan gas pemedih mata dan menggunakan meriam untuk menyuraikan perhimpunan di bulatan dekat Bank Negara. 2.39pm Kumpulan dari arah Sogo menuju sepanjang Jalan Raja Laut ke arah Dataran Merdeka selepas berhimpun dan mendengar ucapan ringkas. 2.37pm Polis melepaskan berpuluh-puluh gas pemedih mata ke arah lebih 2,000 penentang ISA bersama pemimpin PAS Dr Hatta Ramli di bulatan dekat Bank Negara. 2.33pm Orang ramai merempuh polis untuk ke dataran ikut belakang. Kira-kira 200 terlepas bersama Dr Hatta Ramli. 2.30pm Saksi-saksi menganggarkan hampir 10,000 berkumpul dekat Sogo, simpang jalan Dang Wangi dan Jalan Tuanku Abdul Rahman. Pemimpin GMI menyampaikan ucapan dan membacakan deklarasi rakyat mendesak ISA dimansuhkan. Pemimpin PKR Tian Chua dan Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub kelihatan di sini. 2.20pm Polis menembak gas pemedih mata bagi meleraikan lebih 2,000 orang yang berhimpun di Jalan Tuanku Abdul Rahman. 2.15pm Hampir 2,000 berkumpul di hadapan Panggung Colesium di Jalan Tuanku Abdul Rahman bersorak 'Mansuhkan ISA' dan bertakbir. Mereka datang dari arah Dataran Merdeka menuju ke Sogo. 2.01pm Di Masjid Negara, polis membuat tangkapan sehingga berlaku pergelutan hingga ada yang koyak baju. Kira-kira 2,000 sedang berjalan menuju ke Dataran Merdeka. 1.50pm: Polis mengarahkan orang ramai di Masjid Jamek supaya bersurai selepas mereka selesai solat Zuhur. 1.46pm: Kira-kira 1,000 berada di Masjid Negara, termasuk Bendahari PAS Dr Hatta Ramli dan AJK PAS Dr Dzulkefly Ahmad. 12.47 pm: Masjid Jamek ditutup kepada orang ramai. Hanya anggota polis boleh masuk. 12.35pm: Seorang peguam, Puspawati Rosman, dari Pusat Bantuan Guaman ditahan di luar pusat tersebut di Jalan Jalan Tun Perak, dekat Masjid Jamek. 12.31pm Kira-kira 20 penyokong anti-ISA masuk ke dalam Masjid Negara. 12.30pm Kira-kira 10 orang termasuk dua wanita, ditahan di kawasan Masjid India. 12.27pm Jumlah tangkapan di sekitar kompleks membeli belah SOGO ialah 17 orang. Jadi jumlah keseluruhan yang ditahan sehingga ini ialah 67 orang. 12.20pm dua lagi itangkap di sekitar kompleks membeli belah SOGO menjadi 16 orang ditahan setakat ini. Jumlah keseluruhan yang ditahan sehingga ini ialah 66 orang. 12.15pm Tiga lagi ditangkap di sekitar kompleks membeli belah SOGO menjadi 14 orang ditahan setakat ini. Jumlah keseluruhan yang ditahan sehingga ini ialah 64 orang. 12.05pm Empat lagi ditahan di Sogo - menjadikan 11 orang ditahan setakat ini di perkarangan kompleks membeli belah itu. Jumlah keseluruhan yang ditahan setakat ini ialah 58 orang. 11.50am Tujuh lagi penyokong perhimpunan ISA ditahan di perkarangan kompleks membeli belah SOGO - menjadi 58 orang ditahan setakat ini. 11.45am Seorang lagi ditahan di Pasar Seni, menjadi jumlah mereka yang ditahan setakat ini meningkatkan 51 orang. Kira-kira 100 orang penyokong anti-ISA kelihatan berkumpul di stesen KTM berhampiran Masjid Negara. 11.40am Jumlah mereka yang ditangkap di Pasar Seni meningkat kepada lapan orang, manakala enam lagi ditahan di kawasan Masjid Jamek. Pagi tadi polis menahan 36 orang - 14 anggota Unit Amal PAS dan 22 lagi di Masjid Negara dan tiga lagi di Pasar Seni. Manakala 22 orang lagi ditahan di Masjid Negara. Menurut Wong lagi, anggota Unit Amal yang ditahan itu dibawa ke ibupejabat polis Kontinjen Kuala Lumpur. Manakala 22 orang yang ditahan di Masjid Negara, dihantar ke ibupejabat polis Cheras dengan dua trak polis. Manakala tiga lagi ditahan di Pasir Seni pada kira-kira jam 11 pagi ini. |